14. Ketua Pengarah Kesihatan atau mana-mana Ketua Jabatan Perubatan
Negeri atau Ketua Yayasan Perubatan Persekutuan boleh menimbangkan untuk mengurangkan atau
menghapuskan bayaran-bayaran hospital seperti yang dikenakan kepada orang ramai ataupun
bagi penggunaan ambulan hospital memandangkan kepada kedudukan seseorang pesakit itu. Satu
penyata suku tahun tentang bayaran-bayaran yang dikurangkan atau dihapuskan hendaklah
dihantar kepada Perbendaharaan dan salinannya kepada Juru Odit Negara. |
Kuasa
Mengurang- |
15. Seseorang pegawai perubatan yang dipanggil oleh seorang doktor
prevet untuk membantunya di dalam satu kes kecemasan, adalah tidak dibenarkan menerima
apa-apa bayaran melainkan dari doktor prevet yang bertanggungjawab tentang kes tersebut. |
|
16. (a) Seseorang pegawai perubatan yang dirundingi oleh seorang doktor prevet tentang satu kes di bawah jagaan doktor prevet itu hendaklah dalam tiap-tiap hal memberi pendapatnya serta rawatan-rawatan yang disyorkan kepada doktor prevet itu. |
|
(b) Bayaran
perundingan yang akan di kenakan kepada doktor prevet yang memanggil pegawai perubatan itu
hendaklah mengikut kadar yang ditetapkan oleh Kerajaan dari semasa ke semasa. |
Kadar |
17. (a) Seseorang pegawai perubatan yang tidak diwartakan sebagai pakar boleh menerima semua bayaran perundingan yang dibuat kepadanya oleh seseorang doktor prevet kerana telah dipanggil untuk rundingan oleh doktor tersebut. Tetapi sebarang bayaran perundingan yang sama yang telah diterima oleh seorang pegawai pakar hendaklah dimasukan sebagai hasil am Persekutuan. |
Bayaran
Perundingan |
(b) Pegawai
perubatan yang dipanggil sebagai saksi biasa dan bukan untuk memberi keterangan pakar
dalam mana-mana perbicaraan sivil, hanya akan layak mendapat perbelanjaan kerana
menghadiri mahkamah dan bukan kerana bayaran pakar dari pihak yang memanggilnya. |
Bayaran |
|
|
18. Apabila diterima permohonan-permohonan daripada mana-mana Ketua Jabatan. atau Kuasa-kuasa Tertentu seperti dalam Perintah-perintah Am Bab C atau Perintah Am 7 dalam bab ini supaya diperiksa kesihatan seseorang pegawai oleh sebuah Lembaga Perubatan, maka Ketua Jabatan Perubatan Negeri atau Ketua Yayasan Perubatan Persekutuan boleh melantik mana-mana pegawai perubatan yang difikirkannya sesuai untuk menjadi ahli-ahli Lembaga tersebut. Lazimnya, sesebuah Lembaga hendaklah mengandungi tidak kurang daripada dua orang pegawai perubatan dengan seorang daripada mereka, di mana boleh, hendaklah sebaik-baiknya ahli dalam jenis penyakit atau kecederaan yang dialami oleh pegawai tersebut. Dalam keadaan-keadaan teristimewa dan dengan persetujuan Ketua Jabatan atau Kuasa Tertentu yang memohon, Ketua Jabatan Perubatan Negeri atau Ketua Yayasan Perubatan Persekutuan boleh melantik seorang doktor prevet yang difikirkannya sesuai sebagai ahli Lembaga Perubatan. |
mukasurat 5