6. (a) Seseorang pegawai yang jatuh sakit dan tidak dapat hadir di pejabatnya, hendaklah mendapatkan Sijil Sakit dari pegawai perubatan atau Panel Doktor dan menghantarkan Sijil tersebut kepada Ketua Jabatannya dengan seberapa segera yang boleh. |
|
| (b) Seseorang pegawai yang telah diberi Sijil Sakit boleh dikehendaki oleh pegawai perubatan atau Panel Doktor mengikut budibicaranya, mendapatkan Sijil Sihat sebelum kembali bekerja. | Mendapatkan |
7. Apabila seseorang pegawal atau keluarganya disahkan oleh Sebuah
Lembaga Perubatan sebagai memerlukan rawatan khas yang tidak diperolehi di negeri ini dan
dengan syarat ada perakuan dari Ketua Pengarah Kesihatan bahawa tidak ada rawatan
sedemikian pada Kerajaan, maka pegawai itu atau keluarganya boleh di timbangkan oleh
sebuah Jumaah Pegawai terdiri dari Ketua Setiausaha Negara, sebagai Pengerusi, Ketua
Setiausaha Perbendaharaan, Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam dan Ketua Pengarah Kesihatan
untuk dihantar keluar negeri bagi mendapatkan rawatan tersebut atas perbelanjaan Kerajaan
dan jika betul-betul diperlukan, termasuk perbelanjaan seorang lain yang dikehendaki
mengiringinya. Sebarang rayuan berkenaan dengan apa-apa keputusan Jumaah Pegawai ini
bolehlah dikemukakan kepada Jawatankuasa Perawatan Jumaah Menteri untuk keputusan yang
muktamad. |
|
8. (a) Seseorang pesara Kerajaan atau keluarganya akan berkelayakan mendapat kemudahan rawatan dan perubatan seperti seseorang pegawai Kerajaan atau keluarganya seperti yang dibekalkan dalarn bab ini. |
|
| (b) Kelayakan seseorang pesara atau keluarganya untuk
dimasukkan ke sebarang wad dalam hospital akan ditetapkan mengikut kelayakan akhir pesara
sejurus sebelum bersara. Seseorang pesara itu akan dikehendaki membayar ½% daripada gaji
akhirnya yang diterimanya sebelum bersara sebagai bayaran wad sehari bagi diri atau
keluarganya dengan syarat bahawa bayaran maksima bagi wad mengikut kelayakannya itu tidak
akan melebihi ½ daripada maksima yang ditetapkan bagi pegawai-pegawai setaraf yang sedang
berkhidmat. Walau bagaimanapun seseorang pesara yang mendapat pencen tidak melebihi $180
sebulan akan dikecualikan daripada membayar bayaran wad bagi diri atau keluarganya. |
Kelayakan |
9. (a) Mana-mana keluarga seseorang pegawai yang telah diletakkan di atas perjawatan berpencen akan berkelayakan menerima kemudahan rawatan percuma selepas kematian pegawai itu, tidak kira samada kematian itu telah berlaku semasa pegawai itu sedang berkhidmat atau setelah ia bersara. Kelayakan menerima kemudahan rawatan ini adalah terhad kepada mereka yang tergulung dalam tafsiran "keluarga pegawai" di Perintah Am 1 (iii) itu sahaja. Ketua Jabatan akan dikehendaki mengeluarkan satu kad pengenalan untuk keluarga pegawai yang meninggal dunia semasa dalarn perkhidmatan seperti di Lampiran B. |
Kemudahan Rawatan |
(b) Sekiranya keluarga pegawai dimasukkan ke dalam hospital, maka mereka akan dikehendaki membayar bayaran wad sebanyak yang patut mereka bayar sekiranya pegawai itu masih hidup lagi sebagai seorang pesara. |
Kadar |
mukasurat 3