31. (a) Setiap pegawai atau keluarganya yang ingin mendapatkan rawatan perubatan hendaklah menghadirkan diri di tempat biasa pegawai perubatan menjalankan tugas-tugasnya dan di dalam waktu-waktu bertugas yang ditetapkan. Hanya dalam kes-kes di mana seseorang pegawai atau keluarganya itu tidak dapat hadir sendiri atas sebab-sebab kesihatan atau atas sebab-sebab kesakitan yang tenat, barulah pegawai perubatan boleh dipanggil melawatnya di rumahnya. Atas budibicara pegawai perubatan sendiri, bayaran-bayaran tertentu kerana lawatan itu boleh dikenakan yang lazimnya tidak akan lebih daripada bayaran wad sehari di hospital mengikut kelayakan pegawai itu. |
Syarat syarat Mendapatkan Rawatan. (10). |
(b) Seseorang pegawai atau keluarganya hendaklah masuk atau hadir untuk rawatan di hospital bila diarahkan sedemikian oleh pegawai perubatan jika ia hendak terus mendapat ubat-ubat, bantuan dan rawatan perubatan. |
Mesti Hadir di Hospital Bila Diarah |
32. Ubat-ubat dan perbekalan-perbekalan ubat tidak akan dikeluarkan secara percuma atau pun secara bayaran kepada mana-mana pegawai atau keluarganya melainkan dengan dikemukakan suratubat dari seorang pegawai perubatan atau dari seorang doktor prevet. Suratubat yang dikeluarkan oleh seseorang doktor prevet hendaklah terlebih dahulu di lihat dan ditandatangani oleh seorang pegawai perubatan sebelum boleh dipenuhi. Ubat-ubat hanya akan dikeluarkan sekali sahaja bagi tiap-tiap satu suratubat, melainkan jika ada dinyatakan sebaliknya di dalam suratubat tersebut oleh pegawai perubatan atau doktor prevet. |
Suratubat. (5). |
33. Seseorang pegawai perubatan, atas budibicaranya sendiri dan tertakluk kepada kepentingan hospital, boleh membenarkan penggunaan sesebuah ambulan untuk membawa seseorang pegawai atau keluarganya yang tiada harapan hidup lagi dari hospital ke rumahnya apabila permohonan dibuatnya sendiri atau oleh saudaramaranya yang rapat. Bayaran batu perjalanan bagi penggunaan ambulan adalah seperti yang ditetapkan oleh Kerajaan dari semasa ke semasa. |
Penggunaan Ambulan. |
mukasurat 9