| Perlantikan Sebagai Pegawai Pakar. (46). | 27. (a) Ketua Pengarah Kesihatan, dengan nasihat tiga orang pegawai pakar yang dipilih olehnya atau oleh sebuah Jawatankuasa Khas Perubatan yang ditubuhkan oleh Kerajaan untuk tujuan yang sama, boleh melantik pegawai-pegawai perubatan sebagai pegawai pakar jika mereka memenuhi syarat-syarat di (b). Semua perlantikan yang sedemikian hendaklah disiarkan di dalam Warta Kerajaan. |
|
(b) Seseorang pegawai perubatan tidak akan dilantik sebagai pegawai pakar melainkan apabila jawatan yang dipegangnya itu memerlukan penjalanan tugas-tugas pakar dan |
||
|
dia mempunyai kelayakan-kelayakan ilmiah atau ikhtisas yang diakui serta pengalaman-pengalaman yang memuaskan hati Ketua Pengarah Kesihatan; atau |
|
|
dia telah menjalankan tugas-tugas pakar yang memuaskan bagi satu jangka masa yang panjang. |
|
| Rawatan Untuk Kakitangan Jabatan Perubatan. | 28. (a) Semua pegawai-pegawai yang dilantik khas untuk perkhidmatan perubatan dan kesihatan dan yang bukan pegawai-pegawai dalam perkhidmatan gunasama seperti yang ditakrifkan dalam Bab A, Perintah-perintah Am, yang berkhidmat di dalam Jabatan Perubatan atau Kesihatan, akan dikecualikan daripada membayar apa-apa bayaran hospital melainkan bayaran bagi penggunaan ambulan. Kemudahan-kemudahan yang sama akan juga diberi kepada kakitangan-kakitangan mana-mana hospital universiti atau hospital tentera di Malaysia di hospital-hospital atau klinik-klinik Kerajaan. |
|
| Kemudahan Percuma Selepas Bersara. | (b) Kemudahan-kemudahan ini akan diteruskan kepada mereka setelah mereka bersara dengan syarat bahawa mereka telah disarakan dalam keadaan biasa atau atas syor sebuah Lembaga Perubatan. Pesara-pesara boleh dikehendaki mengemukakan bukti dari Jabatan Perubatan tentang kelayakan mereka menerima faedah di bawah Perintah Am ini. |
|
| Tiada Kemudahan Percuma Kepada Keluarga. | (c) Walau bagaimanapun, keluarga-keluarga pegawai di (a) akan terus dikenakan bayaran-bayaran hospital yang serupa dengan keluarga pegawai-pegawai Kerajaan yang lain. |
|
| Pemeriksaan Kesihatan Untuk Bekerja Dengan Kerajaan. | 29. (a) Seseorang calun yang telah berjaya mendapat jawatan dalam sebarang perkhidmatan Kerajaan dan dikehendaki diperiksa kesihatannya sebelum boleh memegang jawatan tersebut, akan diperiksa kesihatannya dengan percuma di mana-mana hospital. |
|
| Pemeriksaan Kesihatan Pegawai Untuk Berkursus | (b) Seseorang pegawai yang dipilih untuk mana-mana kursus yang diluluskan oleh Kerajaan akan diperiksa kesihatannya dengan percuma apabila ini disyaratkan oleh universiti, yayasan, penganjur atau negeri tempat berkursus itu. |
|
| Pemeriksaan Kesihatan Keluarga Pegawai Untuk Belajar | (c) Mana-mana keluarga pegawai yang memerlukan pemeriksaan kesihatan untuk tujuan melanjutkan pelajaran di mana-mana yayasan pelajaran akan dikenakan bayaran pemeriksaan kesihatan sebagaimana seorang awam lain mengikut kadar yang ditetapkan oleh Kerajaan bagi pemeriksaan sedemikian. |
|
| Rawatan Percuma Untuk Pelatih. | 30. Seseorang pelatih yang sedang mengikuti sebarang kursus di mana-mana yayasan latihan yang dikelolakan oleh Kementerian Kesihatan, seperti di sekolah-sekolah jururawat, boleh diberi rawatan percuma serta pengecualian bayaran wad Kelas Dua apabila dimasukkan ke dalam hospital. Mereka juga boleh diberi rawatan percuma sebagai pesakit luar. |
|
mukasurat 8