10. (a) Walau apapun peruntukan-peruntukan lain dalam bab ini, adalah dalam bidang tanggungjawab seseorang pegawai perubatan yang sedang bertugas di mana-mana hospital untuk memasukan sesiapa sahaja ke dalam hospital apabila pada pandangannya seseorang itu memerlukan rawatan yang segera. |
||
Kuasa |
(b) Adalah dalam. bidang kuasa seseorang Ketua Jabatan Perubatan Negeri untuk memasukan ke mana-mana hospital dalam Negeri itu sebarang kes penyakit merebak. Untuk tujuan Perintah Am ini, satu kes penyakit merebak ialah sebarang penyakit merebak yang telah diistiharkan oleh Menteri Kesihatan dari semasa ke semasa di dalam Warta Kerajaan sebagai penyakit merebak. |
|
11. (a) Pegawai-pegawai perubatan adalah dikehendaki menjalankan pemeriksaan-pemeriksaan mayat apabila: |
||
| (i) | diperintahkan secara bertulis oleh seseorang Majisteret; atau, | |
| (ii) | dipohon secara bertulis oleh seseorang pegawai Polis, yang berpangkat tidak rendah daripada Inspektor. | |
Dimana boleh, semua mayat-mayat hendaklah dibawa ke rumah mayat untuk pemeriksaan tersebut. |
||
(18). |
(b)
Pemeriksaan-pemeriksaan mayat dalam kes-kes lain hendaklah dengan persetujuan waris si
mati. |
|
12. (a) Apabila seseorang pesakit di hospital meninggal dunia, maka pegawai perubatan yang bertugas hendaklah melapurkan kematian ini dengan serta-merta kepada saudaramara si mati yang berhampiran. |
||
Kematian |
(b)
Apabila si mati itu ialah seorang yang gila, satu lapuran hendaklah juga dihantar oleh
pegawai perubatan yang menjaga hospital kepada seorang Majisteret dengan menyertakan
cabutan dari catitan rawatan pegawai perubatan yang bertanggungjawab tentang pesakit
tersebut yang menunjukkan jenis penyakit dan lama dihidapinya sebelum kematian, dan
menyatakan samada penyakit itu telah disebabkan atau bertambah buruk oleh sebab sebarang
kemalangan, dan jika ada kemalangan memberi butir-butir lanjut berkenaan dengannya. |
|
13. Apabila seseorang pesakit dalam sesebuah hospital atau sesiapa juga pun yang sedang dirawati oleh seorang pegawai perubatan di mana-mana:
maka pegawai perubatan yang berkuasa di hospital itu atau pegawai yang merawat itu hendaklah menghantar satu lapuran dengan segera kepada pegawai Polis yang berkuasa bagi daerah Polis yang berkenaan supaya, boleh diadakan satu penyiasatan mahkamah dengan seberapa segera di atas kematian tersebut. |
||
mukasurat 4