PERINTAH-PERINTAH AM

Bab F

PERUBATAN

PERINTAH-PERINTAH Am yang berikut ini telah dikeluarkan di bawah kuasa Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong mengikut Fasal (2) Perkara 132 Perlembagaan.

[Berkuatkuasa mulai dari 1hb Mac, 1974.

1. Dalam bab ini:

Tafsiran.

(i)

"Doktor prevet" bermakna seseorang doktor perubatan atau doktor pergigian berdaftar yang tidak berkhidmat dengan Kerajaan Malaysia.

(ii)

"Hospital" bermakna sebarang hospital Kerajaan dan termasuk mana-mana hospital universiti, klinik-klinik Kerajaan dan lain-lain yayasan perubatan Persekutuan.

(iii)

"Keluarga pegawai" bermakna, bagi pegawai lelaki, isteri dan anak-anaknya; dan bagi pegawai perempuan, suami dan anak-anaknya. Di mana ada disebutkan dalam bab ini tentang rawatan percuma yang boleh diberi kepada keluarga seseorang pegawai, maka anak-anak yang berkelayakan ialah anak-anak yang ditanggung sepenuhnya oleh pegawai yang berumur di bawah 18 tahun; atau sekiranya masih bersekolah, di bawah umur 21 tahun. Walau bagaimanapun bagi anak-anak yang daif yang disebabkan oleh kelemahan otak atau jasmani had-had umur ini tidak akan dipakai. Istilah "anak" akan termasuk juga anak-anak tiri dan anak-anak angkat yang diambil mengikut undang-undang. Untuk tujuan bab ini, balu seseorang pegawai akan juga dianggap sebagai keluarga pegawai selagi ia tidak berkahwin semula.

(iv)

"Lembaga Perubatan" bermakna sebarang Lembaga yang ditubuhkan mengikut Perintah Am 18.

(v)

"Panel Doktor" bermakna seseorang doktor prevet yang diluluskan oleh Kerajaan untuk menjadi ahli Panel Doktor bagi tujuan mengeluarkan Sijil Sakit (seperti yang ditafsirkan dalam Bab C) yang tidak perlu ditandatangan timbal oleh seseorang pegawai perubatan sebelum boleh diterima oleh Ketua Jabatan.

(vi)

"Pegawai" bermakna mana-mana pegawai atau pesara dalam perkhidmatan Kerajaan Malaysia atau mana-mana Negeri.

(vii)

"Pegawai Perubatan" bermakna seseorang doktor perubatan atau doktor pergigian berdaftar yang berkhidmat dengan Kerajaan Malaysia dan bagi maksud Perintah-Perintah Am 6 dan 32 termasuk seseorang doktor perubatan atau doktor pergigian yang berkhidmat dengan sebarang hospital universiti atau Angkatan Tentera Malaysia.

(viii)

"Perundingan" bermakna sebarang masa yang seseorang pesakit luar yang bukannya pesakit sebarang hospital atau yayasan perubatan Kerajaan dirujukkan oleh seseorang doktor prevet kepada seseorang pegawai perubatan (atau doktor pergigian


mukasurat 1