ia akan dikehendaki oleh Pegawai Perumahan membayar sewa dua kali ganda dari sewa yang ia sedang membayar dikira dari tarikh ia diberi notis berpindah itu. |
|
22. Seseorang pegawai yang telah diberi pinjaman perumahan dan masih tinggal di rumah Kerajaan bila rumah yang dibinanya telah siap didirikan boleh dikenakan sewa sebanyak dua kali ganda sewa yang patut dibayarnya seperti di Lampiran C. Peraturan ini tidak akan dikuatkuasakan bagi pegawai-pegawai yang mengikut syarat-syarat perkhidmatan mereka berhak mendapat perumahan yang percuma atau dikehendaki diam di rumah-rumah khas Jabatan atau rumah-rumah yang telah dibina oleh mereka dengan pinjaman perumahan itu terletak di luar kawasan ibu pejabat tempat mereka bertugas. |
Sewa
bagi
|
23. (a) Apabila dua atau lebih pegawai dibenarkan berkongsi rumah, maka mereka akan dikehendaki membayar bahagian yang sama banyak dari gandaan sewa namaan rumah tersebut yang lazimnya akan dibayar oleh seseorang pegawai bagi kelas rumah tersebut yang gajinya telah sampai kepada maksima bagi kelas rumah itu seperti dalam Lampiran A dengan syarat gaji maksima bagi rumah Kelas A akan dianggap tidak melebihi $2,300 sebulan. |
|
(b) Sekiranya jumlah sewa yang kena dibayar oleh pegawai yang berkongsi rumah di (a) itu lebih daripada jumlah sewa yang mereka patut membayar jika diberi rumah berasingan mengikut kelayakan mereka, maka mereka akan hanya dikehendaki membayar sewa yang tiap-tiap seorang mereka patut membayar mengikut kelayakan masing-masing itu, mengikut gandaan daripada sewa namaan atau peratus daripada gaji, yang mana satu terkurang. |
|
(c) Bagi kedua-dua
kes di (a) atau (b) sewa perabut hendaklah dibahagikan
sama banyak di antara mereka mengikut banyak perabut yang disediakan untuk rumah itu. |
|
24. Adalah dalam bidang tanggungjawab Jabatan Perdana Menteri untuk menentukan bahawa semua Jabatan-jabatan Kerajaan ditempatkan dalam bangunan-bangunan yang munasabah dan sesuai yang bukan sahaja dapat melahirkan kecekapan dan suasana bekerja yang baik tetapi juga dapat memberi kemudahan dan kesenangan kepada orang ramai untuk berhubung dengan Jabatan-jabatan tersebut. Walau bagaimanapun Ketua-ketua Jabatan adalah secara langsung bertanggungjawab menentukan bahawa semua bahagian atau cawangan Jabatannya, termasuk cawangan-cawangan kecil di luar ibu pejabat, mendapat bangunan-bangunan yang mencukupi dan sesuai untuk keperluan mereka. Ketua-ketua Jabatan hendaklah berunding dengan Ketua Setiausaha Negara tentang mendapatkan ruang-ruang pejabat, seperti pembinaan bangunan-bangunan baru atau penyewaan bangunan-bangunan lain. |
Jabatan |
25. (a) Adalah menjadi tanggungjawab seseorang Ketua Jabatan yang mendiami sesebuah bangunan pejabat Kerajaan, baik yang dibina khas ataupun yang disewa, untuk mengadakan penyeliaan yang baik bagi bangunan tersebut. Apa-apa kerosakan atau kekurangan yang berlaku kepada sesebuah bangunan itu hendaklah dilaporkan dengan segera kepada Jabatan Kerja Raya tempatan. |
mukasurat 5