(b) Pegawai
itu juga akan dikehendaki menyerahkan semua kunci-kunci rumah tersebut kepada Jabatan
Kerja Raya tempatan dan menandatangani satu sijil akuan keluar rumah seperti di Lampiran F. |
|
15. (a) Tiap-tiap rumah Kerajaan, termasuk rumah-rumah yang disewa khas oleh Kerajaan di Malaysia atau di seberang laut, adalah diberi sewa namaan mengikut kelas rumah tersebut seperti dalam Lampiran B. Pegawai-pegawai yang mendiami mana-mana rumah Kerajaan, atau yang disewa khas oleh Kerajaan itu, melainkan mereka yang dikecualikan mengikut syarat-syarat perkhidmatan mereka, akan dikehendaki membayar sewa sebanyak gandaan tertentu dari sewa namaan yang ditetapkan, atau peratus tertentu daripada gajinya mengikut jenis dan tempat rumah seperti dalam Lampiran B dan C. |
|
(b) Tiap-tiap rumah yang disediakan dengan perabut-perabut seperti yang disenaraikan dalam Lampiran D akan dikenakan sewa perabut yang berasingan seperti dalam Lampiran B. |
|
16. Sewa rumah dan sewa perabut akan dikira dari hari seseorang pegawai itu masuk ke rumah tersebut dan akan dijelaskan secara bulanan. Sewa akan berakhir di hari sebenar pegawai itu mengosongkan rumah tersebut setelah memberitahu Pegawai Perumahan. |
|
17. (a) Adalah menjadi tugas Ketua Jabatan untuk memotong dari gaji seseorang pegawai di bawah jagaannya pada tiap-tiap bulan sewa rumah dan sewa perabut kerana mendiami rumah Kerajaan apabila diterima permintaan sedemikian dari Pegawai Perumahan. |
|
(b) Ketua Jabatan juga akan bertanggungjawab menentukan bahawa sewa akhir dikutip dari seseorang pegawai yang akan berhenti kerja, bersara, bertukar, bercuti atau sebagainya lagi. |
|
18. Melainkan jikalau dikecualikan, pegawai-pegawai akan dikehendaki membayar sendiri bayaran-bayaran yang berkenaan dengan perkhidmatan membuang sampah, najis, letrik dan air termasuk apa-apa cengkeram yang disyaratkan oleh pembekal-pembekal perkhidmatan-perkhidmatan tersebut. |
|
19. Seseorang pegawai yang telah dibenarkan mendiami sesebuah rumah Kerajaan yang kelasnya adalah lebih tinggi daripada yang ia berhak mendapat mengikut Lampiran A, boleh dikehendaki oleh Ketua Setiausaha Negara membayar sewa mengikut sewa bagi kelas rumah yang ia patut mendapat. |
|
20. Seseorang pegawai yang telah diberi rumah yang kelasnya adalah lebih rendah daripada yang ia berhak mendapat kerana tiada kekosongan rumah dalam kelas yang ia berkelayakan mendapat, boleh dikehendaki membayar sewa yang sama banyak dengan sewa yang patut dibayar oleh seseorang pegawai yang bergaji paling tinggi untuk kelas rumah tersebut seperti di Lampiran A mengikut gandaan sewa namaan atau peratus gaji, yang mana satu terkurang. |
|
21. Seseorang pegawai yang telah diuntukkan rumah mengikut Perintah Am 19 atau 20 boleh dikehendaki oleh Pegawai Perumahan berpindah ke rumah yang ia berkelayakan bila ada kekosongan dalam rumah kelas yang berkenaan. Sekiranya pegawai itu ingkar berpindah, |
mukasurat 4