| (2) Pegawai-pegawai lain yang disediakan rumah-rumah khas kerana jawatan mereka. | ||
| (ii) | Rumah Khas Jabatan | |
| Pegawai-pegawai yang dikehendaki tinggal berhampiran dengan tempat kerja mereka. | ||
| (iii) | Rumah Biasa Kerajaan | |
Pegawai-pegawai yang ditempatkan bekerja di kawasan-kawasan yang terpencil di mana rumah-rumah persendirian yang sesuai untuk disewa tidak diperolehi. |
||
| (iv) | Rumah Kediaman Luar negeri | |
Pegawai-pegawai yang ditempatkan bekerja di kedutaan-kedutaan atau pejabat-pejabat Kerajaan Malaysia di seberang laut. |
(b) Bagi pegawai-pegawai di (a) (iv) di atas, Kerajaan boleh memberi mereka sewaan yang berpatutan sebagai ganti menyediakan perumahan ataupun menyewakan rumah-rumah yang sesuai untuk kediaman mereka. |
|
4. Di mana Kerajaan telah sedia ada mempunyai rumah-rumah kediaman yang kosong, pegawai-pegawai yang bekerja dalam kawasan tersebut adalah layak memohon untuk mendiami rumah-rumah tersebut mengikut peraturan dan syarat-syarat kelayakan seperti yang dibekalkan dalam bab ini dan Lampiran A. |
|
5. (a) Walau apapun peruntukan lain dalam bab ini, Kerajaan berhak memperuntukkan sebarang rumah kediaman kepada mana-mana pegawai yang difikirkannya sesuai untuk mendapatkan rumah, atau menyuruh pegawai-pegawai berkongsi rumah. |
|
(b) Kerajaan atau Pegawai Perumahan boleh menghendaki seseorang itu mengosongkan sesebuah rumah Kerajaan untuk tujuan membaikinya atau lain-lain sebab yang munasabah dengan memberi tempoh satu bulan, tanpa bertanggungjawab memberi pegawai itu rumah lain sebagai gantinya. |
|
(c) Pegawai Perumahan berhak menarik balik mana-mana rumah yang telah diuntukkan kepada seseorang pegawai apabila pegawai itu tidak mengambil alih rumah tersebut dalam masa yang ditetapkan olehnya, yang biasanya tidak akan melebihi tempoh 30 hari. Sesebuah rumah yang telah ditarik balik itu boleh diuntukkan semula oleh Pegawai Perumahan kepada mana-mana pegawai lain yang telah memohon. |
|
6. Seseorang pegawai yang dibenarkan mendiami sesebuah rumah Kerajaan atau sesebuah rumah yang disewakan khas untuknya akan dikehendaki membayar sewa mengikut kadar yang ditetapkan oleb Kerajaan dari semasa ke semasa melainkan jikalau ia telah dikecualikan daripada membayar sewa mengikut syarat-syarat perkhidmatannya. |
|
|
|
7. Seseorang pegawai yang mendiami sesebuah rumah Kerajaan atau sesebuah rumah yang disewakan khas untuknya oleh Kerajaan, akan dikehendaki mematuhi peraturan-peraturan dalam bab ini. |
mukasurat 2