tatakelakuan yang ditetapkan dalam peraturan 4, pemerolehan itu tidaklah boleh dibuat tanpa kebenaran bertulis diperoleh oleh pegawai itu daripada Pihak Berkuasa Tatatertib yang berkenaan.

        (4)   Dalam memutuskan sama ada hendak memberikan kebenaran atau tidak di bawah subperaturan (3) Pihak Berkuasa Tatatertib yang berkenaan hendaklah mengambil kira perkara-perkara yang berikut:

(a)

saiz, amaun atau nilai harta itu berbanding dengan emolumen pegawai itu dan apa-apa pendapatan persendirian yang sah;

(b)

sama ada pemerolehan atau pemegangan harta itu akan atau mungkin bercanggah dengan kepentingan perkhidmatan awam, atau menjadi tak konsisten dengan kedudukan pegawai itu sebagai seorang pengkhidmat awam, atau dengan apa-apa cara menjadi tak konsisten dengan tatakelakuan yang ditetapkan di bawah peraturan 4;

(c)

pendapat Ketua Jabatan tentang pemerolehan atau pemunyaan harta itu;

(d)

apa-apa faktor lain yang dianggapkan perlu oleh Pihak Berkuasa Tatatertib yang berkenaan bagi menjaga keutuhan dan kecekapan perkhidmatan awam.

        (5)  Jika Pihak Berkuasa Tatatertib yang berkenaan berpuas hati dengan perisytiharan harta yang dibuat oleh pegawai ia hendaklah mengarahkan Ketua Jabatan merekodkan di dalam Buku Perkhidmatan Kerajaan pegawai itu bahawa perisytiharan itu telah dibuat.

        (6)  Di dalam peraturan ini-

      "anak" terrnasuklah anak angkat tetapi ticlak termasuk anak yang bukan di bawah tanngungan pegawai itu;

      "harta" termasuklah harta daripada apa-apa perihalan, sama ada harta alih atau tak alih, yang ditetapkan oleh Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam dari semasa ke semasa.

11. (1) Jika Ketua Jabatan berpendapat bahawa seseorang pegawai adalah atau ternyata-

Menyenggara taraf kehidupan yang melebihi emolumen dan pendapatan persendirian lain yang sah.  

(a)

menyenggara suatu taraf kehidupan yang melebih emolumennya dan pendapatan persendirian lain yang sah, jika ada; atau

(b)

mempunyai kawalan atau memiliki sumber-sumber kewangan atau harta, harta alih atau tak alih, yang nilainya tidak seimbang dengan, atau yang tidak boleh semunasabahnya dijangka telah diperoleh oleh pegawai itu dengan emolumennya dan apa-apa pendapatan persendiriannya yang sah,

Ketua Jabatan hendaklah, melalui notis bertulis, memanggil pegawai itu supaya memberi penjelasan bertulis dalarn tempoh tiga puluh hari dari tarikh penerimaan notis itu bagaimana dia boleh


mukasurat 9