PERINTAH-PERINTAH AM

BAB C

CUTI


PENDAHULUAN

 

PERINTAH-PERINTAH Am Bab C, Cuti, ini telah diluluskan oleh Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong sebagai menggantikan Perintah-Perintah Am Bab C yang telah dikeluarkan dalam Tahun 1957.

2.     Tarikh kuatkuasa Perintah-Perintah Am Bab C yang baru ini ialah 1hb Januari, 1974.

3.     Dengan berkuatkuasanya Perintah-Perintah Am Bab C ini, maka semua peruntukan dalam Perintah-Perintah Am Bab C Tahun 1957 itu adalah dengan ini dibatalkan.

 

 

    KETUA PENGARAH PERKHIDMATAN AWAM,
    MALAYSIA


1hb Januari, 1974

mukasurat ii