(ii)

sebab-sebab kesihatan seanak saudara yang rapat kepada guru itu; dan
(iii) kerana membuat lawatan-sambil-belajar di seberang laut yang telah diluluskan oleh Ketua Setiausaha Kementerian Pelajaran.
     (b) Cuti separuh gaji di bawah (a) (iii) tidak boleh diberi melebihi had satu-satu penggal sekolah itu tetapi cuti penggal sekolah yang jatuh sejurus sebelum atau selepas cuti separuh gaji sedemikian boleh digunakan untuk menyambong cuti separuh gaji itu tertakluk kepada kepentingan perkhidmatan.
     (c) Cuti separuh gaji yang diberi di bawah (a) (i) dan (ii) yang meliputi kedua-dua tempoh penggal sekolah dan cuti penggal sekolah hendaklah dikira sebagai cuti separuh gaji yang bersambungan.
     (d) Walau apapun perbekalan di (a), Ketua Jabatan boleh meluluskan cuti separuh gaji di bawah (a) (ii) tidak melebihi 14 hari dalam satu-satu tahun.

Cuti tanpa
gaji.

52.    Ketua Jabatan boleh meluluskan cuti tanpa gaji mengikut perbekalan dalam Perintah Am 14 dengan syarat bahawa sebarang cuti tanpa gaji yang jatuh pada cuti penggal sekolah akan terus dianggap sebagai cuti tanpa gaji.

CUTI ATAS SEBAB-SEBAB KESIHATAN

Mendapat
faedah yang
sama dengan
Kelas A.

(58).

53.    Kecuali bagi perbekalan Perintah Am 19 guru-guru akan berkelayakan mendapat semua faedah-faedah bercuti atas sebab-sebab kesihatan seperti dalam Perintah Am 15 hingga Perintah Am 33 dengan pengubahsuaian seperti berikut dan seperti dalam Perintah Am 54:
(i) sebarang tempoh cuti sakit (Perintah Am 17) tidak akan dibezakan bagi masa dalam cuti penggal sekolah.
(ii) dimana dalam Perintah Am 17 (b), Perintah Am 22 (a) dan Perintah Am 31 (a) (ii) seseorang pegawai dalam Kelas A boleh diberi semua cuti rehat yang ia berkelayakan, maka seseorang guru akan dianggap sebagai berkelayakan mendapat cuti tambahan sebanyak 25 hari lagi bagi maksud Perintah-perintah Am tersebut.
(iii) untuk maksud Perintah Am 20 tentang cuti rehat yang dihabiskan di luar Malaysia hendaklah dibaca bagi tujuan cuti guru- guru sebagai meliputi semua cuti separuh gaji atau campuran cuti bergaji penuh dengan cuti separuh gaji yang dihabiskan diluar Malaysia.

Cuti bersalin.

54.     Guru-guru wanita akan berkelayakan mendapat cuti bersalin seperti yang dibekalkan dalam Perintah-perintah Am 25 dan 26 tertakluk kepada syarat-syarat bahawa bagi persalinan yang keempat dan seterusnya, guru-guru wanita akan diberi cuti-cuti yang berikut:
(i) cuti bergaji penuh semasa dalam cuti penggal sekolah,
(ii) cuti separuh gaji bagi masa selama 14 hari di dalam penggal sekolah;
(iii) cuti tanpa gaji bagi masa yang lebih daripada di (i) dan/atau

mukasurat 14