| perubatan kurang daripada satu tahun, kelayakannya ialah setimpal dengan perkhidmatan yang melayakkan dalam menjalankan tugas khas itu. | ||
| (b) Cuti tugas khas perubatan ini tidak boleh dikumpulkan dan hendaklah diambil dalam tahun yang ianya diperolehi. | ||
| (c) Pegawai-pegawai berikut adalah layak mendapat cuti tugas khas perubatan ini, iaitu; | Pegawai |
|
| (i) | pegawai-pagawai yang menjalankan tugas X-Ray sepenuh masa dan terdedah kepada pancaran X-Ray; | |
| (ii) | pegawai-pegawai di pusat-pusat perubatan tertentu dimana jenis-jenis tugas yang dijalankan adalah merbahaya atau tidak digemari. Pusat-pusat perubatan ini hendaklah seperti yang diluluskan oleh Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam dari semasa ke semasa. | |
BAHAGIAN DUA |
||
KELAS B |
||
|
||
| 48. (a) "Guru" dalam dan bagi maksud bab ini sahaja bermakna seorang pegawai dalarn Perkhidmatan Pelajaran yang menjalankan tugas-tugas di sekolah. | ||
| (b) "Sekolah" termasuk juga maktab. | ||
(c) Guru-guru akan layak mendapat cuti-cuti seperti yang dibekalkan atau dibolehkan dalam bahagian ini sahaja. |
||
CUTI YANG DIBERI KERANA PERKHIDMATAN |
||
| 49. Guru-guru tidak berkelayakan mendapat cuti rehat seperti yang dibekalkan di bawah Perintah Am 7 hingga Perintah Am 12. | Tiada cuti |
|
| 50. (a) Sebagai ganti cuti rehat, guru-guru adalah berkelayakan mendapat cuti penggal sekolah dengan syarat bahawa Ketua Jabatan boleh memanggil guru-guru untuk menjalankan tugas-tugas selain daripada tugas-tugas mengajar biasa semasa percutian penggal sekolah bagi masa yang tidak melebihi separuh daripada jumlah cuti penggal sekolah dalam satu-satu tahun itu. | ||
| (b) Semua tempoh percutian penggal sekolah yang bergaji penuh akan diambil kira sebagai perkhidmatan yang melayakkan di bawah tafsiran Perintah Am 1 (ix). | ||
| 51. (a) Kuasa Tertentu boleh meluluskan cuti separuh gaji kepada kepada guru-guru bagi perkhidmatan yang melayakkan atas kadar 30 hari bagi tiap-tiap satu tahun tetapi tidak melebihi 180 hari. Cuti separuh gaji hanya boleh diberi atas sebab-sebab yang berikut sahaja: | Cuti separuh |
|
(i) |
sebab-sebab kesihatan guru itu sendiri dengan perakuan sebuah Lembaga Perubatan (Bab F); | |
mukasurat 13