| (c) Cuti-cuti di (a) dan (b) akan diluluskan mengikut budibicara Ketua Jabatan, tertakluk kepada kepentingan perkhidmatan. | |
Kuasa |
(d) Bagi kursus-kursus latihan atau persidangan Kesatuan Sekerja yang diadakan di seberang laut, kuasa yang boleh meluluskan cuti tidak berekod ini ialah Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam. |
| 43. (a) Seseorang pegawai yang menjadi ahli sebuah Syarikat Kerjasama dan telah membuat akuan secara bertulis untuk memegang jawatan di dalam syarikat kerjasamanya bila-bila masa dalam masa 2 tahun selepas kursus itu iaitu sekiranya ia dijemput atau dilantik ke sebarang jawatan, boleh diberi cuti tidak berekod tidak melebihi 2 bulan untuk menghadiri kursus kerjasama di Maktab Kerjasama. Pemberian cuti ini adalah atas budibicara Ketua Jabatan dan tertakluk kepada kepentingan perkhidmatan. | |
| (b) Ketua Jabatan juga boleh, mengikut budicaranya, meluluskan cuti tidak berekod kepada pegawai-pegawai yang menjadi ahli mana-mana syarikat kerjasama untuk menghadiri sebarang kursus latihan, seminar atau mesyuarat syarikat kerjasama di dalam atau di luar Malaysia seperti yang telah diluluskan oleh Ketua Pengarah Kemajuan Kerjasama. | |
| 44. Ketua Jabatan boleh meluluskan cuti tidak berekod atas budicaranya sendiri untuk membolehkan seseorang pegawai di bawah jagaannya memasuki sebarang peperiksaan yang dianggap oleh Ketua Jabatan boleh membaiki peluang hidup pegawai yang berkenaan. Cuti ini hendaklah dihadkan kepada masa yang diperlukan bagi peperiksaan itu sahaja. | |
| 45. Tertakluk kepada kepentingan perkhidmatan, Ketua Jabatan boleh meluluskan cuti tidak berekod kepada pegawai-pegawai ikhtisas bagi menghadiri mesyuarat-mesyuarat persatuan-persatuan ikhtisas mereka. Persatuan-persatuan yang dimaksudkan ini adalah seperti yang diistiharkan oleh Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam dari semasa ke semasa. Mesyuarat-mesyuarat yang dibenarkan ialah Mesyuarat Agong Tahunan dan Mesyuarat Agong Luarbiasa sahaja. | |
| 46. (a) Seseorang pegawai yang dipilih untuk mengambil bahagian dalam sebarang perlawanan olahraga atau sukan di peringkat negeri atau antarabangsa boleh diberi cuti tidak berekod bagi masa yang betul-betul diperlukan untuk mengambil bahagian dalam perlawanan tersebut sahaja tetapi tidak melebihi 30 hari. Cuti itu akan diberi di atas budicara Ketua Jabatan dan tertakluk kepada kepentingan perkhidmatan. Sebarang cuti lagi yang diperlukan lebih daripada ini akan ditimbangkan oleh Ketua Setiausaha Negara mengikut budicaranya sendiri. | |
Ahli majlis/ |
(b) Pegawai-pegawai yang menjadi ahli mana-mana Majlis atau Jawatankuasa pertandingan negeri atau antarabangsa boleh diberi cuti seperti dan mengikut syarat-syarat di (a) bagi tujuan menghadiri mesyuarat Majlis atau Jawatankuasa tersebut yang diadakan sebelum atau selepas sesuatu pertandingan. |
| 47. (a) Pegawai-pagawai yang menjalankan tugas-tugas tertentu perubatan seperti yang disebutkan di (c) boleh diberi cuti tugas khas perubatan oleh Ketua Jabatan mereka sebanyak 14 hari dalam satu -satu tahun. Bagi seseorang pegawai yang menjalankan tugas khas |
mukasurat 12