Sekiranya jumlah cuti akademi atau penggal itu adalah lebih panjang daripada cuti rehat yang ia berkelayakan, maka ini tidak akan ditolak daripada cuti rehat yang ia akan berkelayakan selepas menamati kursus itu kelak.
        (b) Seseorang pegawai yang mengikuti sesuatu kursus yang melebihi 12 bulan, akan dianggap sebagai telah menghabiskan semua cuti rehat yang ia telah berkelayakan mendapat sebelum pergi berkursus itu.
38.   Ketua Jabatan boleh meluluskan cuti rehat tidak melebehi 14 hari kepada pegawai-pegawai yang baru menamatkan kursus latihan atau pengajian yang memakan masa lebih daripada 12 bulan. Cuti rehat ini hendaklah ditolak dari cuti rehat yang ia akan berkelayakan mendapat setelah berkhidmat semula.

Cuti rehat
selepas
berkursus
lebih 12
bulan.

VI.  CUTI TIDAK BEREKOD

39.   Tertakluk kepada kepentingan perkhidmatan seseorang pegawai boleh diberi oleh Ketua Jabatannya cuti perayaan yang tidak melebihi 5 hari dalam sesuatu tahun bagi menyambut perayaan-perayaan bercorak ugama atau adat mengikut ugama atau adat masing-masing. Cuti perayaan ini tidak boleh diambil lebih daripada sehari pada satu-satu perayaan. Hari-hari yang diluluskan untuk cuti perayaan adalah seperti yang ditetapkan oleh Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam dari semasa ke semasa.

Cuti
perayaan.

40.   Seseorang pegawai yang tidak berkelayakan mendapat bayaran kerana bekerja lebih masa atau sebarang bayaran khas lain boleh diberi cuti gantian oleh Ketua Jabatan kerana dipanggil bertugas lebih masa pada hari bekerja biasa, hari cuti am atau hari kelepasan mingguan. Cuti gantian, hendaklah sama banyak dengan masa yang dipanggil bertugas lebih masa itu.

Cuti gantian.
(Bab H 15).

41.   Seseorang pegawai yang dikehendaki menghadiri latihan atau khemah tahunan pasukan-pasukan sukarela seperti di Lampiran A boleh diberi cuti tidak berekod oleh Ketua Jabatannya selama tidak melebihi 30 hari dalam satu-satu tahun. Cuti tidak berekod sebanyak 2 hari lagi boleh diberi bagi perjalanan ke tempat latihan atau khemah dan sebaliknya. Sebarang cuti yang diperlukan lebih daripada ini akan ditolak dari cuti rehat pegawai. Sekiranya, pegawai tiada mempunyai cuti rehat lagi, kelulusan Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam hendaklah diperolehi.

Cuti latihan
pasukan
sukarela.

42.   (a) Seseorang pegawai yang menjadi ahli mana-mana pertubuhan atau persatuan di Lampiran B atau lain-lain pertubuhan atau persatuan yang diistiharkan oleh Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam dari semasa ke semasa, boleh dibenarkan cuti tidak berekod tidak melebihi 14 hari bagi menghadiri kursus latihan atau khemah tahunan pertubuhan atau persatuan tersebut yang diadakan dalam Malaysia. Cuti tidak berekod sebanyak 2 hari lagi boleh diberi bagi perjalanan pergi ke tempat latihan atau khemah dan sebaliknya. Sebarang cuti yang diperlukan lebih daripada di atas akan dipotong dari cuti rehat pegawai dan sekiranya ini telah habis, pegawai itu boleh diberi cuti tanpa gaji.

Cuti
menghadiri
latihan atau
khemah
tahunan
pertubuhan/
persatuan.

        (b) Kemudahan cuti yang sama boleh juga diberi kepada pegawai- pegawai yang menghadiri kursus-kursus di Sekolah Latihan Semangat, Latihan Pimpinan Belia di bawah anjuran Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan, dan kursus Kesatuan Sekerja yang diluluskan oleh Kementerian Buruh dan Tenaga Rakyat.

Cuti lain-lain
kursus.


mukasurat 11