| hal itu, berasa bahawa cuti tambahan bergaji penuh, separuh gaji atau tanpa gaji boleh diberi lagi. | |||
| 32. Seseorang pegawai yang penyakit tibinya atau penyakit kustanya atau penyakit barahnya berbalik semula setelah diberi faedah-faedah cuti di bawah Perintah Am 11 pada bila-bila masa, tidak akan berkelayakan lagi mendapat faedah-faedah cuti itu sepenuhnya. Walau bagaimanapun ia hendaklah diberi sebarang baki faedah cuti yang ada lagi baginya dan ia hendaklah diberi rawatan percurna terus menerus termasuk pengecualian bayaran wad dalam hospital Kerajaan. Apa-apa cuti yang diperlukan lagi oleh pegawai setelah menghabiskan apa-apa baki cuti di bawah Perintah Am 31 akan diluluskan oleh Kuasa Tertentu mengikut budibicaranya sendiri setelah menimbangkan perakuan sebuah Lembaga Perubatan. Cuti-cuti ini boleh dengan gaji penuh, separuh gaji atau tanpa gaji mengikut pertimbangan Kuasa Tertentu. | |||
| 33. (a) Seseorang pegawai yang didapati mengidap penyakit tibi, kusta atau barah semasa sedang bercuti di luar Malaysia akan diberi cuti- cuti seperti di Perintah Am 31 dengan syarat ia memenuhi peraturan peraturan dalam Perintah Am 20. | |||
| (b) Seseorang pegawai di (a) yang sedang bercuti tanpa gaji tidak akan berkelayakan mendapat elaun bantuan mengikut Perintah Am 22 (b). | |||
| 34. Ketua Jabatan boleh meluluskan cuti haji bergaji penuh kepada pegawai-pegawai Islam untuk menunaikan fardhu haji di Mekah bagi satu jangka masa yang diperlukan untuk menunaikan amalan tersebut tetapi tidak melebih 6 bulan. Masa yang diambil lebih daripada 6 bulan akan dianggap sebagai cuti tanpa gaji. | |||
| 35. (a) Cuti haji hanya boleh diluluskan sekali sahaja di dalam tempoh perkhidmatan seseorang pegawai dan tertakluk kepada syarat bahawa pegawai itu telah berkhidmat tidak kurang daripada 10 tahun. | |||
| (b) Seseorang pegawai yang telah diberi cuti haji akan dianggap sebagai telah menggunakan sernua cuti rehatnya yang telah terkumpul sebelum ia pergi haji itu. | |||
| 36. Seseorang pegawai yang telah dipilih atau dibenarkan oleh Kerajaan untuk mengikuti apa jua jenis kursus latihan atau pengajian yang diakui samada dengan gaji penuh, separuh gaji atau tanpa gaji dan samada untuk kursus diploma, ijazah asas, lepasan ijazah atau kursus lanjutan, boleh diberi cuti bagi jangka masa berikut: | |||
(i) |
bagi tempoh kursus yang diikuti termasuk cuti akademi dan rehat yang jatuh dalam masa kursus itu; | ||
(ii) |
bagi tempoh perjalanan ke tempat belajar dan perjalanan balik selepas kursus mengikut jalan yang paling dekat; dan | ||
(iii) |
bagi tempoh menunggu di luar negeri yang tidak dapat dielakkan yang disebabkan oleb urusan-urusan perjalanan tempatan. | ||
| 37. (a) Sebarang tempoh dalam masa kursus yang kurang daripada 12 bulan yang pegawai bercuti akademi atau penggal akan di tolak dari apa-apa cuti rehat yang ia berkelayakan sebelum pergi berkursus itu. | |||