29.      (a) Seseorang pegawai yang berkelayakan mendapat pampasan di  bawah Ordinan Pampasan Orang Kerja kerana kecederaan semasa bertugas, boleh diberi cuti kecederaan oleh Ketua Jabatan kerana kecederaan yang dialami bagi satu tempoh yang diperlukan untuk sembuh tetapi tidak melebihi 90 hari. Sebarang cuti yang telah diberi kerana kecederaan ini tidak akan mengurangkan hak bercuti pegawai kerana sebab-sebab perubatan yang lain.

Cuti
kecederaan
di bawah
Ordinan
Pampasan
Orang Kerja.
(82).

          (b) Semua bayaran yang dibuat sebagai gaji penuh kepada pegawai yang mendapat cuti kecederaan di bawah Perintah Am ini akan dianggap sebagai bayaran berkala yang dibekalkan di bawah Ordinan tersebut. Sekiranya mengikut perbekalan Ordinan tersebut, Kerajaan akan kelak terpaksa membayar saguhati secara pukal kepada pegawai tersebut maka segala bayaran sebagai gaji penuh yang telah dibuat kepadanya tidak boleh dipotong daripada jumlah saguhati tersebut.

        (c) Seseorang pegawai yang terus uzur setelah tamat tempoh bergaji penuh yang diluluskan kepadanya, boleh mendapat faedah-faedah biasa di bawah Ordinan Pampasan Orang Kerja tersebut.

CUTI TIBI, KUSTA DAN BARAH

30.    Seseorang pegawai yang, disahkan mengidap penyakit tibi, kusta atau barah akan diberi keistimewaan mendapat rawatan perubatan percuma, termasuklah pengecualian bayaran wad dalam hospital Kerajaan , seperti yang diperbekalkan dalam Perintah-perintah Am, Bab F.

Rawatan
percuma bagi
tibi, kusta
dan barah.
(31).

31.   (a) Dia juga boleh diberi cuti berikut, satu demi satu dengan syarat ia menerima rawatan di hospital terus menerus semasa sakitnya itu, iaitu:

Cuti tibi
kusta dan
barah.
(31).

(i)

cuti sakit yang tidak melebehi 12 bulan dengan tidak mengira sebarang cuti sakit yang  telah diambilnya kerana lain-lain penyakit;

(ii)

semua cuti rehat yang ia berkelayakan mendapat pada tarikh cuti sakitnya bermula;

(iii)

cuti separuh gaji yang tidak melebihi 6 bulan, tidak kira samada pegawai itu berkelayakan atau tidak di bawah Perintah Am 13; dan

(iv)

cuti tanpa gaji yang tidak melebihi 6 bulan dengan dibayar elaun bantuan mengikut Perintah Am 22 (b).

      Cuti-cuti di atas boleh juga diberi jikalau seseorang pegawai itu berubat di yayasan bukan Kerajaan yang telah diluluskan terlebih dahulu oleh Kuasa Tertentu tetapi pegawai itu terpaksalah membayar sendiri segala perbelanjaan rawatan yang dikenakan oleh yayasan tersebut.
      (b) Cuti di (i) dan (ii) boleh diluluskan oleh Ketua Jabatan. Cuti di (iii) dan (iv) hanya akan diluluskan oleh Kuasa Tertentu setelah menimbangkan perakuan seorang pegawai perubatan yang menyatakan ada harapan untuk pegawai itu sembuh semula. Walau bagaimana pun Kuasa Tertentu, jika ia memikirkan perlu, boleh mengarahkan pegawai tersebut diperiksa oleh sebuah Lembaga Perubatan.

Kuasa
melulus cuti.

     (c) Tidak ada cuti-cuti lagi yang boleh diberi setelah cuti-cuti yang diberi di (a) itu dihabiskan melainkan jikalau Kuasa Tertentu atas budibicaranya sendiri dan selepas menimbangkan apa-apa perakuan sesebuah Lembaga Perubatan dan juga setelah meneliti kes tiap-tiap

mukasurat 9