III. CUTI-CUTI ATAS SEBAB PERUBATAN

Sijil sakit
perlu untuk
mendapat
cuti sakit.

15.    Cuti-cuti atas sebab-sebab perubatan adalah diberi oleh Ketua Jabatan atau Kuasa Tertentu bila seseorang pegawai itu disahkan oleh seseorang pegawai perubatan atau oleh sebuah Lembaga Perubatan (Bab F) atau oleh seorang ahli Panel Doktor sebagai tidak sihat untuk menjalankan tugas-tugas jawatannya. Pengesahan itu hendaklah di atas sijil sakit yang diterima seperti dalarn Perintah Am 1 (xi). Ketua Jabatan boleh menerima, mengikut budibicaranya sendiri, sebarang sijil sakit yang dikeluarkan oleh seseorang doktor prevet tanpa sokongan dari seorang pegawai perubatan, apabila sijil-sijil itu memberi cuti yang  tidak melebihi dua hari yang berturut-turut sahaja. Jumlah cuti sakit yang boleh diberi oleh Ketua Jabatan atas sijil-sijil sedemikian tidak akan melebihi 15 hari dalam sesuatu tahun.

Jenis cuti atas
sebab-sebab
perubatan.

16.       Cuti-cuti atas sebab-sebab perubatan adalah sebagai berikut:

(i)

Cuti sakit.
(ii) Cuti sakit lanjutan.
(iii) Cuti pemulihan dan cuti kerantina.
(iv) Cuti bersalin.
(v) Cuti kecederaan.
(vi) Cuti tibi, kusta dan barah


CUTI SAKIT

Maksima.
cuti sakit
.
(17).

17.    (a) Seseorang Ketua Jabatan boleh meluluskan cuti sakit tidak melebihi 90 hari  pada satu-satu masa atau 90 hari dalam satu-satu tahun (Januari hingga Disember). Sebarang cuti yang diperlukan lebih daripada ini hendaklah diluluskan oleh Kuasa Tertentu yang boleh memberi tidak lebih daripada 90 hari lagi cuti sakit.

Boleh guna
cuti rehat.

         (b) Sekiranya seseorang pegawai itu masih disahkan tidak sihat setelah menghabiskan cuti-cuti di (a), maka Ketua Jabatannya boleh memberi dia apa-apa cuti rehat yang masih ada lagi untuknya.
         (c) Adalah menjadi syarat bahawa semua cuti sakit hendaklah di habiskan di hospital atau di rumah pegawai melainkan jikalau ditetapkan oleh seseorang pegawai perubatan sebaliknya.
         (d) Seseorang pegawai yang telah diberi semua cuti-cuti di (a) dan (b), tidak boleh diberi sebarang cuti lagi sehingga dia telah diperiksa oleh sebuah Lembaga Perubatan.

Cuti sakit
lebih 45 hari
setahun
.

18.     Seseorang pegawai yang telah mengambil cuti sakit berjumlah 45 hari atau lebih dalam tiap-tiap tahun bagi masa tiga tahun yang berturut-turut boleh dikehendaki oleh Ketua Jabatannya untuk diperiksa kesihatannya oleh sebuah Lembaga Perubatan, tidak kira sama ada ia telah melapurkan dirinya sakit lagi atau tidak.

Sakit semasa
bercuti rehat
di Malaysia
.
(26).

19.      Seseorang pegawai yang jatuh sakit semasa bercuti rehat di Malaysia   akan berkelayakan mendapat cuti sakit selama masa yang dia diakui oleh pegawai perubatan sebagai tidak sihat untuk bertugas. Sebarang baki cuti rehat yang belum dihabiskannya itu boleh disambungnya selepas cuti sakit itu dengan syarat bahawa dia boleh dipanggil bertugas jika ini diperlukan oleh Ketua Jabatannya.

mukasurat 6