| 13. (a) Kuasa Tertentu boleh meluluskan cuti separuh gaji kepada pegawai-pegawai atas hal-hal yang berikut sahaja: | ||||
| (i) | sebab-sebab kesihatan pegawai itu sendiri dengan perakuan sebuah Lembaga Perubatan (Bab F); dan | |||
| (ii) | sebab-sebab kesihatan seanak saudara yang rapat kepada pegawai itu. | |||
| (b) Kadar cuti separuh gaji yang boleh di luluskan ialah sebanyak 30 hari bagi tiap-tiap genap tahun perkhidmatan yang melayakan tetapi tidak boleh melebihi 180 hari. | Kadar cuti. |
|||
| (c) Cuti separuh gaji tidak boIeh diberi kepada pegawai-pegawai wanita atas sebab-sebab bersalin. | Bersalin |
|||
| (d) Walau apa pun perbekalan di (a) di atas seseorang Ketua Jabatan boleh meluluskan cuti separuh gaji tidak melebihi 14 hari dalam satu-satu tahun atas sebab-sebab seperti di (a) (ii). | ||||
| 14. (a) Ketua Jabatan boleh meluluskan cuti tanpa gaji kepada pegawai-pegawainya atas sebab-sebab persendirian yang mustahak. Jumlah cuti yang boleh diluluskan ialah sebanyak 30 hari bagi tiap-tiap genap tahun perkhidmatan tetapi tidak melebihi 360 hari. Pemberian cuti tanpa gaji hendaklah mengikut peraturan-peraturan seperti di (b) atau (c). | ||||
| (b) Cuti tanpa gaji kerana urusan sendiri di dalam Malaysia boleh diluluskan bila pegawai itu telah genap berkhidmat tidak kurang daripada 6 bulan dan dia telah mengambil semua cuti rehat yang ia berkelayakan. | Urusan |
|||
| (c) Cuti tanpa gaji kerana urusan sendiri di sesebuah negeri di luar Malaysia diluluskan bila pegawai itu sudah mempunyai perkhidmatan terus menerus tidak kurang daripada 4 tahun dan dia telah mengambil semua cuti rehat yang ia berkelayakan. Cuti ini tidak boleh diambil sekali lagi sehingga 4 tahun telah berlalu selepas cuti yang pertama itu. | Urusan sendiri |
|||
| (d) Cuti tanpa gaji hendaklah dicatitkan dalam Kenyataan Perkhidmatan dan bukan dalam catitan cuti sahaja. | Catitan |
|||
| 14A. | (a) |
Jika seseorang pegawai tidak hadir bekerja bagi sesuatu tempoh tanpa sesuatu sebab yang pada pendapat Ketua Jabatan adalah satu sebab yang munasabah, maka pegawai itu tidaklah berhak mendapat apa-apa gaji atau lain-lain emolumen bagi tempoh tidak hadir bekerja itu; | Tiada gaji |
|
(b) |
Suatu perakuan oleh Ketua Jabatan memperakui tempoh yang bagi pegawai itu tidak berhak mendapat gaji dan emolumen di bawah perenggan (a) kepada Pihak Berkuasa yang bertanggungjawab bagi membayar gaji dan lain-lain emolumen pegawai itu adalah satu kuasa yang mencukupi bagi memotong gaji dan emolumen bagi tempoh tak hadir bekerja itu; | |||
(c) |
Peruntukan-peruntukan Perintah Am ini adalah tanpa menyentuh peruntukan-peruntukan perenggan 5 dan 6 Peraturan 22 Bab "D" Perintah-perintah Am. | |||