Naik tangga-
gaji / lebih
10 tahun
khidmat.
(9).

     (b) Apabila seseorang pegawai dilantik atau dinaikkan pangkat ke satu jawatan yang mempunyai tanggagaji yang lebih tinggi maksimanya, dan dengan itu mengubahkan hak cutinya mengikut kadar di (a) maka semua tempoh yang ia telah berkhidmat di atas tanggagaji yang rendah maksimanya dalam tahun itu akan dianggap sebagai perkhidmatan dalam tanggagaji yang bermaksima tinggi itu. Perkiraan yang sama hendaklah juga dibuat bagi tahun yang seseorang pegawai itu genap sepuloh tahun perkhidmatan yang pertama.

Mingguan
tak masuk
kira.(8).

      (c) Hari kelepasan mingguan dan hari cuti am tidak akan diambil kira sebagai cuti rehat bila jatuh dalam satu tempoh yang seseorang pegawai itu sedang bercuti rehat.

Cuti rehat
tiada genap
setahun
perkhidmatan.

(10).

9.   (a) Apabila dalam sesuatu tahun itu, perkhidmatan yang melayakan tidak genap satu tahun (umpamanya pegawai itu masuk berkhidmat atau berhenti kerja di tengah tahun atau dia mengambil cuti yang tidak melayakan mendapat cuti rehat seperti cuti tanpa gaji atau separuh gaji), maka cuti rehat yang pegawai itu berkelayakan ialah sebanyak cuti bagi tempoh perkhidmatan yang melayakan itu sahaia, dikira ke setengah hari yang berhampiran.

Pegawai akan
berhenti kerja.

     (b) Seseorang pegawai yang akan meninggalkan perkhidmatan Kerajaan tidak akan berkelayakan mengambil cuti rehat yang lebih daripada kadar bagi perkhidmatan yang melayakan sebelum tarikh akan meninggalkan perkhidmatan Kerajaan itu.

Pegawai akan
bersara.

10.    Seseorang pegawai yang akan bersara boleh dibenarkan mengambil semua cuti rehat yang ia berkelayakan mendapat sejurus sebelum ia bersara supaya cuti rehat itu tamat di hari akhir perkhidmatannya. Untuk tujuan Perintah Am ini, cuti rehat yang sesearang pegawai itu boleh mengambil hendaklah jangan melebihi jumlah cuti rehat yang boleh dikumpulkannya bagi tempoh perkhidmatan selama masa 24 bulan sebelum tarikh persaraannya, dikira kebelakangan dari hari akhir perkhidmatannya itu.

Membawa
ke hadapan
cuti yang
tidak dapat
diambil.

11.   Seseorang pegawai yang tidak dapat mengambil cuti rehat oleh kerana kepentingan perkhidmatan, boleh dibenarkan membawa ke tahun hadapannya apa-apa baki cuti rehat yang diperolehi dalam tahun itu sahaja. Cuti yang sedemikian apabila tidak dihabiskan dalam tahun yang dibawa kehadapan itu, tidak boleh dibawa lagi ke tahun yang berikutannya pula melainkan dalam keadaan seperti di Perintah Am 10.

Pengumpulan
luarbiasa
cuti rehat.

(12).

12.   (a) Kuasa Tertentu boleh membenarkan pegawai-pegawai mengumpul cuti rehat tidak melebihi jumlah cuti rehat yang boleh didapatinya bagi tiga tahun berturut-turut untuk tujuan perjalanan ke seberang laut yang diluluskan. Jumlah cuti yang boleh diluluskan hendaklah jangan lebih daripada jumlah cuti yang diperlukan bagi tujuan perjalanan tersebut.

Bila pengum-
pulan
bermula.

     (b) Pengumpulan luarbiasa cuti rehat ini boleh dimulakan dengan mengambil kira cuti rehat yang pegawai itu berkelayakan pada tarikh ia membuat permohonan tersebut tetapi cuti-cuti rehat yang telah luput dahulunya tidaklah boleh diambil kira lagi.

Cuti luput
bila tidak
diambil.

       (c) Cuti rehat yang telah dikumpulkan ini tidak boleh diambil sehingga menjelang tahun akhir pengumpulan cuti tersebut dan akan luput jika tidak diambil sebelum akhir tahun itu juga.

mukasurat 4