5.   (a)  Di mana cuti-cuti boleh diluluskan oleh Ketua Jabatan, maka Ketua Jabatan yang dimaksudkan adalah sebagai berikut :

Kuasa
melulus:
Ketua
Jabatan
(6).

Pegawai Memohon Cuti

Ketua Jabatan

(1)

Pegawai-pegawai Persekutuan dan semua pegawai-pegawai yang ditanggung di bawah Anggaran Persekutuan (baik pegawai-pegawai dalam Per-jawatan Persekutuan atau pegawai Bersama Negeri).

Ketua Jabatan Persekutuan atau Ketua Jabatan Persekutuan bagi sesuatu wilayah atau Negeri bagi pegawai-pegawai di bawah kuasa mereka.

(2)

Pegawai-pegawai dalam per-jawatan Persekutuan atau Pegawai Bersama Negeri yang ditanggung di bawah Ang- garan Negeri.

Ketua Jabatan Negeri.

    (b) Bagi maksud (a) (1) dan (2) di atas, istilah "Ketua Jabatan" akan termasuk juga seorang Ketua Pejabat tempatan, yayasan atau cawangan  kecil yang telah diberi kuasa oleh Ketua Jabatannya untuk meluluskan cuti bagi sebarang Kumpulan pegawai di stesyennya.

Ketua pejabat
dsb., boleh
beri cuti (6). 

    (c) Apabila pegawai yang memohon cuti ialah seorang Ketua Jabatan  sendiri, maka kuasa yang boleh meluluskan cutinya hendaklah Ketua Perkhidmatannya. Seseorang Ketua Perkhidmatan hendaklah memohon cutinya dari Ketua Setiausaha Negara.

Ketua jabatan
memohon cuti
(6).

BAHAGIAN SATU

KELAS A

II. CUTI YANG DIBERI KERANA PERKHIDMATAN

6.   Seseorang pegawai boleh diberi cuti-cuti yang berikut kerana perkhidmatan yang melayakan:

Jenis cuti
kerana
perkhidmatan.

          (i) cuti rehat;
         (ii) cuti separuh gaji;
        (iii) cuti tanpa gaji.

CUTI  REHAT

7.   Cuti rehat bagi sesuatu tahun boleh diambil bila-bila masa sahaja dalam tahun itu. Kuasa yang boleh meluluskan cuti rehat ialah Ketua Jabatan, melainkan dalam hal-hal pengumpulan cuti rehat luarbiasa yang akan diluluskan oleh Kuasa Tertentu.

Cuti rehat
(8).

8.   (a) Kadar cuti rehat yang seseorang pegawai itu berkelayakan adalah mengikut maksima tanggagaji dan lama perkhidmatan seperti berikut:

Kadar cuti
rehat
.

             CUTI DALAM SETAHUN

Maksima Tanggagaji Di bawah 10 tahun
perkhidmatan
Lebih 10 tahun
perkhidmatan
Melebihi $1,250 sebulan       ...      ...

25 hari

30 hari

Melebihi $600 hingga $1,250 sebulan

20 hari

25 hari

Melebihi $250 hingga $600 sebulan

15 hari

20 hari

Di bawah $250 sebulan        ...      ...

12 hari

15 hari


mukasurat 3