PERINTAH-PERINTAH AM |
|||
Bab C |
|||
CUTI |
|||
PERINTAH-PERINTAH Am yang berikut ini telah dikeluarkan di bawah kuasa Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong mengikut Fasal (2) Perkara 132 dalarn Perlembagaan. |
|||
[Berkuatkuasa mulai dari 1hb Januari, 1974] |
|||
| 1. | Dalam bab ini: | Tafsiran. | |
(i) |
"Cuti" bermakna sebarang tempoh seseorang pegawai itu dibenarkan meninggalkan tugasnya dan peninggalan tugas itu tidak dikira sebagai putus perkhidmatan atau sebagai berhenti kerja; | ||
(ii) |
"Cuti rehat" bermakna cuti bergaji penuh yang diberi kerana perkhidmatan yang melayakkan dalam sesuatu tahun, dari bulan Januari hingga Disember; | ||
(iii) |
"Cuti sakit" bermakna cuti bergaji penuh yang diberi kerana sebab-sebab perubatan dan dengan pengemukaan Sijil Sakit dari seorang pegawai perubatan Kerajaan atau lain-lain doktor yang diterima, dan diberi bagi sakit atau kecederaan yang ada harapan untuk sembuh; | ||
(iv) |
"Ketua Jabatan" bermakna Ketua Setiausaha kepada Kementerian, Ketua Jabatan, Ketua sesuatu Perkhidmatan, mengikut mana yang berkenaan; | ||
(v) |
"Kuasa Tertentu" bermakna Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam, atau Setiausaha Kerajaan Negeri, mana yang berkenaan; | ||
(vi) |
"Pegawai Bersama Negeri" bermakna pegawai yang kena berkhidmat dengan Kerajaan Negeri dan juga jabatan-jabatan Persekutuan dalam Negeri yang berkenaan; | ||
(vii) |
"Pegawai dalam Perjawatan Persekutuan" bermakna seorang pegawai yang kena berkhidmat dengan kedua-dua Kerajaan Persekutuan dan sebarang Kerajaan Negeri; | ||
(viii) |
"Pegawai Persekutuan" bermakna pegawai yang dilantik ke dalam mana-mana perkhidmatan Persekutuan; | ||
(ix) |
"Perkhidmatan yang melayakkan" bermakna perkhidmatan yang diambil kira bagi mengira kelayakan mendapat cuti seseorang pegawai dan terdiri dari masa-masa bertugas, cuti rehat dan cuti sakit (dan bagi guru-guru termasuk cuti sekolah bergaji penuh) tetapi tidak termasuk cuti separuh gaji, cuti tanpa gaji, cuti haji, cuti sakit tibi, kusta dan barah dan cuti belajar; | ||
(x) |
"Seanak saudara" bermakna adek beradek, ibu bapa dan lain- lain saudara mara yang rapat kepada pegawai; | ||
(xi) |
"Sijil Sakit" bermakna sijil akuan sakit yang dikeluarkan oleh seorang pegawai perubatan Kerajaan atau oleh sebuah Lembaga Perubatan (Perintah-perintah Am, Bab F) atau oleh seorang ahli Panel Doktor yang diluluskan oleh Kerajaan. | ||