PERINTAH-PERINTAH AM

Bab B

ELAUN-ELAUN DALAM PERKHIDMATAN

PENDAHULUAN

 

PERINTAH-PERINTAH Am Bab B, Elaun-Elaun Dalam Perkhidmatan ini, telah diluluskan oleh Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong sebagai Perintah-Perintah Am yang akan menggantikan Perintah-Perintah Am Kewangan Bab V tentang Perjalanan, Elaun Hidup dan Pengangkutan.

2.    Tarikh kuatkuasa Perintah-Perintah Am Bab B yang baru ini ialah 1hb Januari, 1974.

3.    Dengan ini juga semua peruntukan dalam Bab V Perintah-Perintah Am Kewangan yang telah dikeluarkan sebelum Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu 1948 adalah dibatalkan.

 

KETUA PENGARAH PERKHIDMATAN AWAM,
MALAYSIA

1hb Januari, 1974


mukasurat ii