Elaun gantian
jika lebih
3 bulan.

46.   Bagi masa yang melebihi 3 bulan yang pertama dan kurang daripada 6 bulan, seseorang pegawai yang bertugas di Sabah atau Sarawak akan hanya diberi elaun gantian yang ditetapkan oleh Perbendaharaan. Di mana Kerajaan ada menyediakan lojing dan makanan, kadar ini akan dikurangkan sebanyak 50%.

 

B. ELAUN-ELAUN BERTUKAR KE SABAH ATAU SARAWAK

Faedah
bertukar
ke Sabah
atau
Sarawak.

47.  (a) Seseorang pegawai yang ditukarkan dari Semenanjung Malaysia untuk mengisi jawatan-jawatan tetap Persekutuan di Sabah atau Sarawak akan berkelayakan mendapat faedah-faedah bertukar seperti seorang pegawai yang setaraf di Semenanjung Malaysia. Di samping itu, dia juga boleh diberi lain-lain elaun seperti yang ditetapkan oleh Kerajaan dari semasa ke semasa.

Belanja makan
dan Hotel
sebelum
dan selepas
bertukar.

        (b) Seseorang pegawai juga boleh menuntut belanja makan dan sewa hotel selama tidak melebihi tiga hari sebelum bertolak dari Semenanjung Malaysia mengikut kadar yang ditetapkan bagi Perintah Am 15 (a) dan selama tidak melebihi tiga hari sesudah sampai di Sabah atau Sarawak mengikut kadar yang ditetapkan oleh Perbendaharaan. Semua tuntutan-tuntutan hendaklah disokong dengan resit. Di samping faedah-faedah di atas seseorang pegawai itu boleh juga menuntut elaun makan dan bayaran sewa hotel pada hari bertukar yang ditetapkan bagi Perintah Am 13 sekiranya makanan dan lojing percuma tidak disediakan oleh pengangkut.

Bertukar
berpindah
rumah di
Sabah atau
Sarawak.

       (c) Seseorang pegawai yang bertukar stesyen atau berpindah rumah di Sabah atau Sarawak boleh menuntut elaun-elaun dan perbelanjaan-perbelanjaan bertukar atau berpindah seperti yang ditetapkan oleh Perbendaharaan.

 

C. ELAUN-ELAUN BERTUKAR KE SEMENANJUNG MALAYSIA

Faedah
bertukar
ke Semenan-
jung
Malaysia.

48.   Seseorang pegawai yang dilantik ke dalam sebarang perkhidmatan Persekutuan di Sabah atau Sarawak boleh diberi faedah-faedah bertukar seperti dalam Perintah Am 47 apabila ia ditukarkan ke Semenanjung Malaysia. Di samping itu dia juga boleh diberi apa-apa elaun lain yang akan ditetapkan oleh Kerajaan dari semasa ke semasa.


 mukasurat 12