(b) Seseorang pegawai yang diberi cuti rehat mengikut perbekalan dalam Bab C sekembalinya dari menghadiri kursus yang melebihi 12 bulan, boleh diberi pendahuluan tidak melebihi jumlah gajinya bagi tempoh cuti rehat yang diluluskan itu.

Pendahuluan
selepas
berkursus
.
(Bab C. 48).

42.  (a) Apabila seseorang pegawai perubatan mengesahkan bahawa seseorang pegawai atau keluarganya memerlukan rawatan atau nasihat perubatan yang tidak boleh diperolehi ditempat ia bertugas, dan dia atau keluarganya tidak dikehendaki tinggal di hospital, maka pegawai itu boleh dibenarkan menuntut semua elaun yang ia berkelayakan di dalam bab ini, termasuk bayaran sewa hotel atau lojing, seolah-olah ia sedang dalam perjalanan resmi kerana urusan perjalanan untuk mendapatkan rawatan itu bagi dirinya atau ahli keluarganya.

Elaun-elaun
kerana
rawatan
di luar
stesyen

(Bab F. 10).

       (b) Kadar elaun makan yang boleh dituntut bagi isteri atau suami yang memerlukan rawatan hendaklah sama dengan kadar bagi pegawai. Kadar elaun makan bagi anak pegawai yang memerlukan rawatan ialah separuh dari kadar untuk pegawai.

Kadar bagi
keluarga.

43.   Di mana dalam bab ini atau di bawah perbekalan dalam Perintah Am 44 (b) tidak dibuat peraturan-peraturan khas kerana bertugas di Sabah atau Sarawak, maka peraturan-peraturan dan kadar-kadar elaun seperti yang ditetapkan bagi pegawai-pegawai di Semenanjung Malaysia boleh dipakai kepada pegawai-pegawai yang bertugas di Sabah atau Sarawak.

Peraturan/
kadar boleh
pakai bagi
Sabah dan
Sarawak.

44. (a) Walau apapun peruntukan-peruntukan lain dalarn bab ini, Kerajaan boleh mengubah atau meminda kadar-kadar elaun, mengenakan syarat-syarat tertentu yang lain yang berhubung dengan peruntukan-peruntukan dalam bab ini seperti yang difikirkan sesuai oleh Kerajaan dari semasa ke semasa.

Perbekalan
am.

       (b) Perintah-perintah Am dalam bab ini tidak akan menghalang Kerajaan dari mengadakan atau menetapkan sebarang elaun-elaun lain yang tidak diperbekalkan dalam bab ini.

Menetapkan
Elaun-elaun
lain.

 

PERINTAH-PERINTAH AM PERALIHAN

VII. ELAUN-ELAUN BERTUGAS/BERTUKAR KE SABAH ATAU
SARAWAK DAN SEBALIKNYA

A. ELAUN-ELAUN BERTUGAS DI SABAH ATAU SARAWAK

45.  (a) Seseorang pegawai yang ibu pejabatnya di Semenanjung Malaysia yang bertugas di Sabah atau Sarawak bagi masa yang tidak melebihi 3 bulan akan berkelayakan mendapat elaun makan Sabah-Sarawak mengikut kadar-kadar yang ditetapkan oleh Perbendaharaan.

Elaun makan
Sabah dan
Sarawak.

       (b) Pegawai di (a) akan juga berkelayakan menuntut bayaran sewa hotel, atau sebagai gantinya elaun lojing mengikut kadar yang ditetapkan oleh Perbendaharaan.

Bayaran sewa
hotel/lojing.

      (c) Seseorang pegawai yang ditukarkan ke Sabah atau Sarawak, seperti dalam Perintah Am 47, boleh menuntut elaun-elaun di (a) atau (b) bila ia berada di luar ibu pejabatnya atas urusan resmi bagi masa 24 jam atau lebih yang terus menerus. Bila pegawai itu berada di Semenanjung Malaysia, kadarnya ialah mengikut Perintah Am 3 atau 4.

Elaun bertugas
di luar ibu
pejabat.


mukasurat 11