35. Jika seseorang Ketua Jabatan memikirkan adalah perlu bagi seseorang pegawai menginap di luar ibu pejabat secara berpanjangan kerana menjalankan satu-satu tugas resmi tertentu dan bukan tugas biasa seperti dalam Perintah Am 36, maka elaun makan dan elaun lojing atau bayaran sewa hotel seperti yang ditetapkan bagi Perintah-perintah Am 3 dan 4 boleh dibayar kepadanya bagi masa yang tidak melebihi 3 bulan yang terus menerus sahaja. Pernbayaran elaun bagi masa yang lebih daripada 3 bulan ini hendaklah dengan kebenaran Perbendaharaan terlebih dahulu mengikut kadar elaun gantian. |
|
36. Pegawai-pegawai yang lazimnya bertugas dan bermalam di luar ibu pejabat boleh diberi elaun gantian mengikut kadar yang ditetapkan oleh Perbendaharaan tidak kira berapa lama mereka bermalam di luar ibu pejabat itu. |
|
37. Seseorang pegawai yang sedang menjalankan tugas resmi di luar ibu pejabat yang jatuh sakit boleh menuntut elaun-elaun di Perintah Am 3 atau 4 selama tidak melebihi tujuh hari. Elaun-elaun ini tidak boleh dibayar apabila pegawai itu dimasukan ke dalam hospital. |
|
38. Seseorang pegawai yang telah memberi perkhidmatan yang sempurna dan bersara mengikut keadaan biasa atau atas syor sebuah Lembaga Perubatan (Bab F), boleh diberi pemberian pindahan dan lain-lain elaun yang biasa boleh dituntut oleh seseorang pegawai yang bertukar, bagi diri dan keluarganya dari tempat akhir ia berkhidmat ke tempat yang dipilihnya untuk bersara di mana-mana sahaja dalam Malaysia. Pemberian pindahan hendaklah didasarkan kepada gaji akhirnya. |
|
39. (a) Seseorang pegawai yang dikehendakki atau dibenarkan mengambil Peperiksaan Jabatan di luar kawasan ibu pejabatnya boleh menuntut elaun-elaun yang biasa boleh dituntutnya semasa menjalankan tugas-tugas resmi. |
|
(b) Seseorang pegawai yang menghadiri temuduga kenaikan pangkat di luar ibu pejabatnya akan juga dibenarkan menuntut elaun-elaun seperti di (a). |
|
40. Seseorang pegawai dalam Kumpulan Pengurusan dan Ikhtisas yang bergaji tidak kurang daripada $1,000 sebulan dan berkelayakan menuntut elaun hitungan batu tidak kurang daripada Kelas B boleh dibayar elaun bantuan gaji dreber mengikut kadar yang ditetapkan oleh Perbendaharaan dengan syarat bahawa: |
|
|
(a) pegawai yang berkenaan menggaji sepenuh masa seorang dreber berlesen; dan (b) tidak ada dreber Kerajaan yang diuntukkan kepadanya; ataupun (c) dia tidak berhak menggunakan kereta dan dreber Kerajaan. |
|
Pendahuluan |
41. (a) Seseorang pegawai yang bermalam di luar ibu pejabatnya atau berada di seberang laut semasa menjalankan tugas resminya, boleh diberi pendahuluan oleh Perbendaharaan tidak melebihi jumlah bayaran sewa hotel dan elaun makan yang boleh dituntutnya sekembalinya daripada menjalankan tugas itu. Pendahuluan ini hendaklah dijelaskan dalam tempoh satu bulan selepas pegawai itu selesai dari menjalankan tugas-tugasnya. Sebarang pendahuluan baru tidak boleh diluluskan sehingga pendahuluan yang awal itu telah diselesaikan melainkan dalam kes-kes tertentu yang boleh diluluskan oleh Perbendaharaan. |
mukasurat 10