(iii) bayaran pengajaran termasuk bayaran-bayaran makmal dan kuliah;
(iv)

bayaran-bayaran peperiksaan, termasuk menaip dan menjilid tesis, yang dikenakan dalam kursus itu;

(v) bayaran elaun pakaian mengikut kadar-kadar dan syarat-syarat yang ditetapkan;
(vi)

bayaran untuk membawa barang lebihan kapalterbang tidak melebihi 7 kilo atau dengan kapal laut tidak melebihi hantaran bagi 12 kaki padu;

(vii)

insuran perubatan atau bayaran perubatan yang berpatutan melainkan di mana ada perkhidmatan kesihatan negara;

(viii)

bayaran membeli buku dan alat perkakas yang diperlukan bagi kursus dan yang telah diluluskan oleh Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam

Elaun tang-
gungan
keluarga
.
(Bab C. 46).

      (b) Seseorang pegawai yang dibenarkan mengikuti sebarang kursus tanpa gaji boleh diberi bantuan mengikut perbekalan dalam Perintah Am 32 dan juga boleh dibenarkan menuntut tanggungan keluarga seperti yang ditetapkan oleh Kerajaan dari semasa ke semasa. Sekiranya diluluskan oleh Kerajaan pegawai yang berkenaan boleh juga diberi bantuan untuk tanggungan-tanggungan perbelanjaan lain yang tidak dapat dielakan yang telah dikenakannya sebelum memohon kursus, seperti bayaran premium insuran nyawa bagi jumlah premium yang berpatutan.

Potongan
elaun.

      (c) Jika dalam masa kursus itu atau bila ditempatkan berlatih di mana-mana yayasan, seseorang pegawai itu menerima sebarang elaun atau gaji, maka potongan sebanyak elaun atau gaji itu akan dibuat dari elaun sara hidupnya.

Tidak ada
elaun runcit.

      (d) Tidak ada elaun runcit lain yang boleh dibayar di bawah Perintah Am ini.

 

B. KURSUS BIASISWA

Elaun calun
perkhidmatan
kerajaan.

(Bab C. 46).

32.   Seseorang calun bagi perkhidmatan Kerajaan yang mendapat biasiswa atau lain-lain jenis bantuan yang diluluskan oleh Kerajaan, boleh diberi faedah-faedah yang berikut:

(i)

elaun sara hidup, yang ditetapkan dari semasa ke semasa;
(ii) bayaran-bayaran masuk dan pendaftaran;
(iii) bayaran pengajaran, termasuk bayaran-bayaran makmal dan kuliah;
(iv)

bayaran-bayaran peperiksaan, termasuk menaip dan menjilid tesis, yang dikenakan bagi kursus itu;

(v)

belanja perjalanan mengikut Perintah Am 25 (c);

(vi)

bantuan untuk membeli buku dan alat perkakas yang diperlukan mengikut syarat-syarat dan peraturan yang ditetapkan;

(vii)

insuran perubatan atau bayaran perubatan yang berpatutan, melainkan di mana ada perkhidmatan kesihatan negara;

(viii)

bayaran elaun pakaian mengikut kadar-kadar dan syarat-syarat yang ditetapkan;

(ix)

bayaran untuk membawa barang lebihan mengikut kapalterbang tidak melebihi 5 kilo atau dengan kapal laut tidak melebihi hantaran bagi 12 kaki padu.


mukasurat 8