(b) Bagi pegawai-pegawai yang dilantik secara kontrek dari seberang laut, tambang-tambang pergi balik mereka akan ditetapkan oleh Kerajaan mengikut kes masing-masing. |
||
24. (a) Seseorang pegawai Penjara seperti yang ditakrifkan dalam Bab C boleh mendapat tambang percuma pergi balik bagi dirinya mengikut jalan yang paling dekat dan murah di antara stesyennya dengan tempat tinggalnya di Malaysia sekali dalam masa tiga tahun kerana bercuti rehat. |
||
(b) Jika seseorang pegawai Penjara yang bercuti rehat itu disertai oleh keluarganya, maka mereka boleh diberi tambang percuma pergi balik mengikut kadar tambang yang sama dengan yang pegawai itu berkelayakan sendiri. |
||
25. (a) Seseorang pegawai yang dipilih atau dibenarkan pergi mengikuti kursus atau latihan yang diakui di Malaysia atau di Singapura akan diberi kemudahan perjalanan yang ia berkelayakan mengikut Perintah Am 20, 21 atau 22 sekali pada permulaan dan sekali pada akhir tiap-tiap penggal kursus bagi perjalanan di antara tempat kediaman dengan tempat berkursus. |
||
(b) Sekiranya tempat berkursus atau latihan yang diakui itu diseberang laut, seseorang pegawai itu akan diberi kemudahan-kemudahan berikut:: |
||
(i) |
belanja perjalanan di Malaysia di antara tempat kediamannya dengan lapangan terbang atau pelabuhan, sekali pada permulaan kursus dan sekali pada akhir kursus sebagaimana kelayakannya mengikut Perintah Am 20, 21 atau 22; |
|
| (ii) | tambang kapalterbang kelas pelancung atau ekonomi atau kelas satu bagi pegawai yang dibenarkan di bawah Perintah Am 20 di antara Malaysia dengan negeri tempat berkursus sekali pada permulaan kursus dan sekali pada akhir kursus; |
|
| (iii) | belanja perjalanan di negeri tempat berkursus atas kadar tambang keretapi atau koc mengikut kelas kelayakannya di bawah Perintah Am 21 tetapi tidak rendah daripada kelas dua dari lapangan terbang atau pelabuhan ke tempat berkursus sekali pada permulaan dan sekali pada akhir kursus. Seseorang pegawai yang perlu membuat perjalanan untuk memenuhi acara kursus atau latihannya seperti yang boleh disahkan oleh pensyarahnya, boleh dibayar belanja perjalanan atas kadar yang sama. |
|
| (iv) | bayaran yang berpatutan untuk mengangkut barang-barang persendirian, termasuk upah portar bagi sepanjang perjalanan. |
|
(c) Calon-calon untuk perkhidmatan Kerajaan yang mengikuti kursus latihan atau pengajian dengan biasiswa atau bantuan Kerajaan akan diberi belanja perjalanan dalam Malaysia mengikut kadar-kadar yang ditetapkan. Sekiranya tempat berkursus itu diseberang laut belanja perjalanan adalah mengikut kadar tambang keretapi kelas dua atau koc dan akan juga diberi bayaran yang berpatutan untuk mengangkut barang-barang persendirian termasuk upah portar bagi sepanjang perjalanan. Perjalanan di antara Malaysia dengan negeri tempat berkursus di seberang laut hendaklah mengikut kapalterbang kelas pelancung atau ekonomi. |
||
mukasurat 6