(c) Seseorang pegawai hanya boleh membuat tuntutan tambang percuma mengikut kelas pengangkutan yang rendah sekali bagi seorang orang gajinya. |
|
13. (a) Seseorang pegawai yang bertukar boleh dibayar elaun makan bagi diri dan keluarganya pada hari pertama dalam masa perjalanan pertukaran itu, mengikut kadar yang ditetapkan bagi Perintah Am 4 iaitu sekiranya dia tidak membuat tuntutan elaun makan mengikut Perintah Am 15 (a) bagi hari yang sama. Resit-resit tidak diperlukan. Sekiranya perjalanan terpaksa memakan masa lebih daripada satu hari atas sebab-sebab yang menasabah kepada Ketua Jabatan elaun makan boleh dibayar bagi hari-hari yang lebih itu atas kadar yang sama. |
|
(b) Apabila dalam hari perjalanan pertukarannya seseorang pegawai itu terpaksa bermalam ditengah jalan ia boleh menuntut bayaran sewa hotel bagi diri dan keluarganya yang disokong oleh resit tidak melebihi kadar yang ditetapkan bagi Perintah Am 15. |
|
14. (a) Seseorang pegawai yang bertukar itu boleh diberi pemberian pindahan sebanyak yang ditetapkan oleh Perbendaharaan. Pemberian pindahan ini akan meliputi segala belanja bungkus membungkus barang-barang pegawai, upah buruh, bayaran insuran atau setor dan apa-apa perbelanjaan lain yang telah dikenakannya untuk mengemas dan melindungi barang-barangnya. |
|
(b) Kadar penuh pemberian pindahan seperti di (a) di atas hanya boleh dibayar bagi pertukaran yang melebibi 20 batu dari tempat bekerja asal. Bagi pertukaran yang jauhnya tidak melebihi lingkongan 20 batu dari tempat asal bekerja, hanya separuh sahaja daripada kadar tersebut yang boleh dibayar. |
|
15. (a) Seseorang pegawai yang bertukar boleh menuntut balik perbelanjaan makan dan sewa hotel tidak melebihi kadar yang ditetapkan oleh Perbendaharaan bagi diri dan keluarganya untuk tidak lebih daripada tiga hari sebelum berlepas dan tidak lebih daripada tiga hari sesudah sampai ke tempat bertugas yang baru. Semua tuntutan ini hendaklah disokong dengan resit. |
|
(b) Bagi seseorang pegawai yang bertukar dari Sabah atau Sarawak ke Semenanjung Malaysia, kadar tuntutan bagi masa tiga hari sebelum bertolak dari Sabah atau Sarawak itu hendaklah mengikut kadar seperti yang ditetapkan bagi Perintah Am 47 (b). |
|
Pegawai |
16. Hanya dalam keadaan-keadaan tertentu yang memerlukan pertimbangan khas dan kelulusan dari Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam, seseorang pegawai yang terpaksa tinggal di hotel atau di rumah persinggahan lebih daripada 3 hari oleh sebab ketiadaan langsong rumah yang boleh disewa atau menunggu pengosongan rumah khas jabatan atau jawatan yang diuntukkan baginya atau atas lain-lain sebab yang menasabah boleh dibayar perbelanjaan makan dan sewa hotel mengikut kadar seperti yang ditetapkan bagi Perintah Am 15. |
17. Seseorang pegawai yang menggunakan kenderaannya sendiri semasa bertukar boleh menuntut elaun hitungan batu mengikut Perintah Am 6 bagi perjalanan dari tempat kediaman asalnya ke tempat kediaman barunya, iaitu sekiranya ia tidak membuat tuntutan tambang percuma bagi dirinya di bawah Perintah Am 12 (b). |
mukasurat 4