Elaun makan.

4.   Elaun makan boleh dibayar kepada pegawai-pegawai yang bertugas di luar ibu pejabat bagi masa yang melebehi 24 jam terus menerus. Kadarnya ialah 2% daripada gaji pegawai dengan syarat tidak melebihi atau berkurangan dari had-had maksima dan minima yang ditetapkan oleh Perbendaharaan, iaitu dikira ke 5 sen yang paling hampir. Di mana dalam bab ini dibenarkan keluarga pegawai menuntut elaun makan, maka kadarnya ialah separuh daripada yang ditetapkan bagi pegawai, melainkan bagi kes seperti dalam Perintah Am 42.

Elaun lojing dreber.
(246).

5.   Seseorang pegawai yang berkelayakan menuntut elaun bantuan gaji dreber seperti yang dibekalkan dalam Perintah Am 40 boleh dibayar sebagai tambahan, elaun lojing dreber bila dia terpaksa bermalam di luar ibu pejabat semasa menjalankan tugas-tugas resminya iaitu jika ia menggunakan keretanya sendiri yang dipandu oleh dreber yang digajinya sepenuh masa. Elaun ini adalah seperti yang ditetapkan oleh Perbendaharaan.

Elaun
hitungan batu
perjalanan.

6.  (a) Apabila didapati perlu oleh Ketua Jabatan untuk seseorang pegawainya menggunakan kenderaan yang dipunyainya sendiri bagi menjalankan tugas jawatannya dengan licin dan sempurna, dia boleh dibayar elaun hitungan batu mengikut kadar yang ditetapkan oleh Perbendaharaan bagi kelas kenderaan yang ia berkelayakan menuntut.

Kelas dan
kekuatan
kenderaan.
(253).

      (b) Kelas-kelas tuntutan hitungan batu seseorang pegawai adalah dihadkan mengikut gaji dan sukatan selinder kenderaannya seperti berikut:

Kelas

Gaji Pegawai

Sukatan Selinder

A

Tidak kurang daripada $1,250 sebulan 1,400 s.s. dan ke atas

B

Tidak kurang daripada $1,000 sebulan 1,000 s.s. dan ke atas

C

Tidak kurang daripada $680 sebulan Di bawah 1,000 s.s.

D

Kurang daripada $680 sebulan ... Tidak kurang daripada 225 s.s.

E

Kurang daripada $680 sebulan ... Di bawah 225 s.s.

Kebenaran
khas tuntutan
hitungan batu.

7. (a) Seseorang pegawai yang bergaji di bawah $680 sebulan hanya akan dibenarkan menuntut elaun hitungan batu Kelas C apabila Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam berpuashati bahawa tugas-tugas yang dijalankan memerlukan sebuah kereta dan bukannya sebuah motosikal ataupun pegawai yang berkenaan telah disahkan oleh sebuah Lembaga Perubatan (Perintah-perintah Am, Bab F) sebagai tidak boleh menunggang sebuah motosikal.

Kerajaan
tiada bertang-
gungjawab.

     (b) Seseorang pegawai yang menggunakan kenderaannya sendiri untuk menjalankan tugas-tugas resminya adalah berbuat sedemikian atas tanggungannya sendiri. Kerajaan tidak akan bertanggungiawab bagi sebarang kecederaan, kerosakan, kehilangan atau kesusutan nilai harga kenderaan akibat dari kegunaannya untuk urusan Kerajaan.

Elaun harian.
(249).

8. (a) Seseorang pegawai yang bertugas di luar ibu pejabatnya dalam jangka masa yang melebihi lapan jam tetapi kurang daripada 24 jam, boleh menuntut elaun harian sebanyak separuh daripada kadar elaun makan seperti yang ditetapkan bagi Perintah Am 4. Elaun harian ini


 mukasurat 2