PERINTAH-PERINTAH AM Bab B |
|||
Elaun-elaun Dalam Perkhidmatan |
|||
PERINTAH-PERINTAH Am yang berikut ini telah dikeluarkan di bawah kuasa Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong mengikut Fasal (2) Perkara 132 dalam Perlembagaan. |
|||
[Berkuatkuasa mulai dari 1hb Januari, 1974.] |
|||
1. Dalam bab ini: |
|||
(i) |
"Ibu Pejabat" bermakna satu lingkungan kawasan seperti di bawah yang dikira dari pejabat atau tempat seseorang itu biasa melapurkan diri untuk bertugas: |
Tafsiran. | |
| (1) | bila dihubungi oleh jalan raya, satu lingkungan 15 batu; | ||
| (2) | bila dihubungi oleh jalan tanah yang boleh dilalui oleh kenderaan bermoto, 10 batu; | ||
| (3) | bila dihubungi oleh jalan basikal atau sungai, 5 batu. | ||
(ii) |
"Keluarga pegawai" bermakna, bagi pegawai lelaki, isteri dan anak-anaknya; dan bagi pegawai perempuan, suami dan anak-anaknya. Di mana ada disebutkan dalam bab ini tentang tuntutan-tuntutan yang boleh dibuat bagi keluarga seseorang pegawai, maka anak-anak yang berkelayakan ialah anak-anak yang ditanggung sepenuhnya oleh pegawai yang berumur di bawah 18 tahun; atau sekiranya masih bersekolah, di bawah umur 21 tahun. Walau bagaimanapun anak-anak yang daif yang disebabkan oleh kelemahan otak atau jasmani, had-had umur ini tidak akan dipakai. Istilah "anak" akan termasuk juga anak-anak tiri dan anak-anak angkat yang diambil mengikut undang-undang. |
||
(iii) |
"Perbendaharaan" bermakna Menteri Kewangan dan termasuk pegawai-pegawai di bawah kawalan pentadbirannya atau arahannya yang telah diturunkan kuasa untuk bertindak bagi pehaknya atau yang dibenarkan menggunakan kuasanya di bawah Akta Acara Kewangan 1957, iaitu mengikut perbekalan-perbekalan seksyen 6 atau 7 Akta Perwakilan Kuasa, 1956. |
||
2. Seseorang pegawai yang terpaksa bermalam di luar ibu pejabatnya semasa menjalankan tugas-tugas resmi akan berkelayakan menuntut elaun-elaun berikut apabila syarat-syarat pernberian elaun-elaun itu dipenuhi: |
|||
(i) |
Bayaran Sewa Hotel / Elaun Lojing. Elaun Makan. Elaun Lojing Dreber. |
||
3. (a) Bayaran sewa hotel atas kadar yang ditetapkan oleh Perbendaharaan boleh diberi bagi penginapan di sebarang hotel atau rumah persinggahan. Tuntutan-tuntutan hendaklah disokong dengan resit. |
|||
(b) Bagi pegawai-pegawai yang tidak membuat tuntutan bayaran sewa hotel, mereka akan berkelayakan menuntut elaun lojing mengikut kadar yang ditetapkan oleh Perbendaharaan. Resit-resit tidak diperlukan bagi tuntutan-tuntutan ini. |
|||
mukasurat 1