65.    Seseorang pegawai perempuan yang berkahwin yang telah disahkan dalam jawatannya atau disah dan dimasukkan ke dalam perjawatan berpencen boleh disarakan bila-bila masa sahaja oleh pihak yang berkuasa jika sesebuah Suruhanjaya berpendapat bahawa kedudukan dan tanggungjawabnya sebagai seorang perempuan yang berkahwin mengganggu kecekapannya dalam menjalankan tugas-tugas resminya.

Persaraan pegawai perempuan
yang
berkahwin.
[32].

66.    Seseorang pegawai perempuan yang memegang jawatan berpencen dan telah berkhidmat dengan tidak putus-putus selama 5 tahun atau lebih, akan layak menerima ganjaran perkahwinan yang dikira mengikut perbekalan seksyen 18, Ordinan Pencen, 1951 sebagaimana yang dipinda dari semasa ke semasa apabila ia disarakan atas sebab-sebab seperti dalam Perintah Am 65. Bagi pegawai perempuan yang memegang jawatan berpencen mulai daripada tarikh sebelum 1hb Januari, 1969, ganjaran perkahwinan adalah juga layak diberikan jika ia meletakkan jawatan atas sebab-sebab perkahwinan

Ganjaran
Perkahwinan
Pegawai
Perempuan
Berpencen.

67.    Seseorang pegawai perempuan yang dilantik ke sesuatu jawatan tidak berpencen (tidak termasuk jawatan sementara atau konterek) dan ia tidak kena mencarum kepada Kumpulan Wang Simpanan Pekerja adalah berkelayakan mendapat bonos berhenti kerja mengikut kadar ¾ bulan gaji bagi tiap-tiap tahun genap perkhidmatan tetapi tidak melebihi maksima 9 bulan gaji semuanya yang dikira di atas gaji bersih, atau sebulan gaji bagi tiap-tiap tahun genap perkhidmatan tetapi tidak melebihi setahun gaji semuanya jika dikira di atas gaji pokok, apabila ia disarakan atas sebab-sebab yang sama seperti di Perintah Am 65 setelah berkhidmat dengan tidak putus-putus selama 5 tahun atau lebih. Bagi pegawai perempuan yang dilantik sebelum 1hb Januari, 1969 bonos berhenti kerja adalah juga layak diberikan jika ia meletakkan jawatan atas sebab-sebab perkahwinan. Cara-cara untuk menimbangkan permohanan dan pembayaran bonos ini hendaklah, seberapa boleh, mengikut cara-cara yang diperuntukkan di bawah seksyen 18, Ordinan Pencen, 1951.

Bonos Bersara Pegawai Perempuan
Tak
Berpencen.


BAHAGIAN EMPAT

X.   PERINTAH-PERINTAH AM PERALIHAN

68.    Seseorang pegawai yang dilantik sebeIum 1hb Februari, 1957 boleh dibenarkan meminda rekod tarikh lahirnya dengan mengemukakan sijil beranak yang boleh diterima. Surat Sumpah tidak boleh diterima menggantikan surat beranak atau menyokong satu surat beranak yang tiada mempunyai nama.

Meminda
tarikh lahir.
[19].


mukasurat 13