perkhidmatan ini, melainkan dalam kes-kes seperti di Perintah Am 60, tidak boleh diambil sehingga pegawai itu telah diberi sebab-sebab mengapa penamatan perkhidmatannya telah dicadangkan dan dia telah pun diberi peluang untuk membela dirinya dalam tempoh yang tidak kurang daripada 14 hari. |
|||
60. Walau apa pun perbekalan lain dalam bab ini, Kerajaan boleh menamatkan perkhidmatan seseorang pegawai yang bukan dalam perjawatan berpencen dengan memberi notis yang sesuai dengan syarat-syarat perlantikannya termasuk notis-notis penamatan jawatan seperti dalam Perintah Am ini. Dalam hal pegawai-pegawai sementara dan pegawai-pegawai bukan di dalam perjawatan berpencen yang lain, tempoh ini ialah 3 bulan jika mereka telah berkhidmat lebih daripada satu tahun; dan satu bulan jika mereka berkhidmat kurang daripada satu tahun. Dalam kedua-dua hal Kerajaan boleh menamatkan perkhidmatan mereka dengan serta merta dan tanpa memberi apa-apa sebab dengan membayar sebulan gaji sebagai pengganti notis. |
|||
61. (a) Seseorang pegawai yang hendak meletakkan jawatan Kerajaannya hendaklah terlebih dahulu memberi notis berhenti kerja seperti berikut: |
|||
| (i) | Pegawai-pegawai yang telah disahkan dalam jawatan ............... tiga bulan notis atau membayar sebulan gaji pengganti notis. |
||
| (ii) | Pegawai-pegawai dalam percubaan atau pegawai-pegawai sementara sebulan notis atau membayar sebulan gaji pengganti notis. |
||
| (iii) | Pegawai-pegawai kontrek . mengikut syarat-syarat dalam kontrek. |
||
Notis berhenti kerja hendaklah dihantar melalui Ketua Jabatan yang akan memanjangkannya kepada Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam. |
|||
62. Melainkan jikalau telah diberi pengecualian-pengecualian tertentu oleh Kerajaan pegawai-pegawai yang mempunyai apa-apa ikatan dengan Kerajaan seperti syarat terpaksa berkhidmat bagi masa tertentu yang belum selesai lagi atau mempunyai hutang-piutang dengan Kerajaan akan dikehendaki menyelesaikan segala urusan ikatannya sebelum notis-notis seperti di Perintah Am 61 boleh diluluskan. |
||||
63 (a) Dalam keadaan-keadaan tertentu sahaja Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam boleh membenarkan tempoh notis berhenti kerja itu dipendekkan. (b) Seseorang pegawai, samada dalam jawatan sementara atau tetap, yang dilantik ke satu jawatan Kerajaan yang lain tidak dikehendakki meletakkan jawatannya. |
||||
|
|
64. Umur-umur bersara pilihan dan wajib bagi pegawai-pegawai adalah sebagai berikut: | |||
Bersara Pilihan |
Bersara Wajib | |||
|
50 Tahun | ... | 55 Tahun | |
|
45 Tahun | ... | 55 Tahun | |
mukasurat 12