55.   (a) Tertakluk kepada (b), tarikh-tarikh kenaikan pangkat adalah ditetapkan sebagai berikut:     

Tarikh
kenaikan
pangkat.

(i)

Kepada tingkatan………… dari tarikh kekosongan berlaku atau tarikh pegawai itu berkelayakan untuk naik pangkat, yang mana terkemudian;

(ii)

Kekosongan yang timbul kerana pemegangnya bersara……………. dari tarikh pemegangnya bercuti sebelum bersara;

(iii)

Kekosongan yang baru diadakan atau dinaikkan taraf……………..dari tarikh jawatan itu diwujudkan atau dinaikkan taraf;

(iv)

Kepada Jawatan (iaitu jawatan-jawatan Tingkatan Tertinggi "D" dan ke atas)………. mulai dari tarikh pegawai menjalankan tugas jawatan.

      (b) Walau apa pun perbekalan-perbekalan di (a), (i), (ii), (iii) dan (iv) di atas tarikh sebenar kenaikan pangkat seseorang pegawai itu akan bergantong juga kepada tarikh yang ia didapati layak dan sesuai oleh sesebuah Lembaga Kenaikan Pangkat untuk kenaikan pangkat tersebut dan tidak lebih awal.

56.   (a) Seseorang pegawai yang telah dinaikkan pangkat ke satu jawatan yang mempunyai tanggagaji-tanggagaji tertentu, perletakannya ke dalam tanggagaji baru itu hendaklah mengikut peraturan ini:

Perletakan
dalam tangga
gaji naik
pangkat.
[45].

(i)

Jika gaji akhir dalam tingkatan lamanya adalah lebih rendah daripada gaji permulaan dalam tingkatan barunya, ia akan menerima gaji permulaan dalam tingkatan barunya;

(ii)

Jika gaji akhir dalam tingkatan lamanya adalah sama atau lebih tinggi daripada gaji permulaan dalam tingkatan barunya, dia akan mendapat gaji di mata tertinggi yang berhampiran dalam tanggagaji jawatan barunya itu.

      (b) Tarikh-tarikh kenaikan gaji bagi kes-kes di (a) (i) atau (ii) di atas ialah pada hari genap ulangtahun kenaikan pangkat tersebut jika tarikh kenaikan pangkat itu ialah satu haribulan, dan pada satu hari bulan bulan berikutnya bila tarikh kenaikan pangkat itu bukannya satu haribulan.

Tarikh
kenaikan gaji
naik pangkat.

BAHAGIAN TIGA

VIII.    PENAMATAN KERJA DAN NOTIS BERHENTI KERJA

57.   Kerajaan boleh menamatkan perkhidmatan seseorang pegawainya apabila ia didapati menyembunyikan apa-apa maklumat tentang kesihatannya di dalam borang pemeriksaan doktor atau membuat sumpah palsu di dalam Surat Sumpahnya seperti yang di syaratkan di dalam Perintah Am 23 (a).

Kenyataan
kesihatan dan
sumpah palsu.
[15].

58.   Seseorang pegawai dalam percubaan yang tidak berjaya untuk disahkan dalam jawatan kerana tidak mendapat sokongan perakuan daripada Ketua Jabatan atau kerana tidak lulus di dalam peperiksaan- peperiksaan yang disyaratkan, samada ia telah diberi lanjutan tempoh percubaan atau tidak, boleh juga ditamatkan perkhidmatannya dengan diberi notis mengikut peraturan di Perintah Am 59.

Pegawai
dalam
percubaan
yang gagal
disahkan.
[25].

59.   Kuasa yang boleh menamatkan perkhidmatan di Perintah-perintah Am 57 dan 58 hendaklah tidak rendah daripada kuasa yang boleh melantik seseorang ke perkhidmatan tersebut. Tindakan penamatan

Kuasa
manamatkan
perkhidmatan.


mukasurat 11