ia disyaratkan mesti lulus atau dalam kes di mana pegawai itu dalam tempoh 12 bulan sebelum tempoh akhir ia disyaratkan lulus, ia diberi tugas yang melibatkan ia tinggal di luar kawasan Ibu Pejabat bagi tempoh yang panjang dari semasa ke semasa. |
|||
Kenaikan |
49. Seseorang pegawai yang telah diberi cuti separuh gaji atau tanpa gaji mengikut perbekalan-perbekalan dalam Bab C adalah berkelayakan mendapat kenaikan gaji walaupun ia telah bercuti sedemikian bagi seluruh atau sebahagian daripada satu-satu tahun. |
||
| BAHAGIAN DUA | |||
50. Seseorang pegawai itu akan dipilih untuk kenaikan pangkat semata-mata atas kebolehan. Untuk tujuan ini, kebolehan seseorang pegawai itu akan ditentukan mengikut : |
|||
| (i) | kecekapan yang ditunjukkan dalam menjalankan tugas-tugasnya; dan | ||
(ii) |
sifat-sifat peribadi termasuk keutuhan, kelulusan-kelulusan serta pengalaman-pengalaman yang sesuai dengan jawatan yang hendak diisi. |
||
Kekananan di dalam perkhidmatan hanya akan diambil kira apabila dua atau lebih pegawai itu didapati mempunyai kebolehan yang sama. |
|||
51. Tiap-tiap pegawai yang dipinjamkan atau ditukar sementara kelain-lain Jabatan Kerajaan, badan-badan berkanun atau badan-badan swasta adalah layak untuk ditimbangkan bersama-sama bagi sebarang urusan kenaikan pangkat mengikut perbekalan-perbekalan dalam skim perkhidmatan asalnya. |
|||
52. Apabila timbul sesuatu kekosongan yang tidak akan diiklankan tetapi perlu diisi dengan kenaikan pangkat, maka seseorang Ketua Jabatan hendaklah membuat perakuan-perakuan kepada Lembaga Kenaikan Pangkat yang berkenaan memohon pengisian jawatan tersebut dengan melampirkan satu senarai pegawai-pegawai yang layak dipertimbangkan berserta lain-lain butir yang diperlukan oleh sesebuah Lembaga Kenaikan Pangkat itu |
|||
53. Apabila sesuatu kekosongan itu perlu diisi dengan menjemput pemohon-pemohon yang berkelayakan dalam satu-satu Jabatan itu sahaja maka Ketua Jabatan hendaklah mengiklankan kekosongan itu melalui pekeliling Jabatan. Bagi kenaikan pangkat dalam perkhidmatan gunasama, pemberitahuan menjemput pemohon-pemohon yang berkelayakan hendaklah dibuat oleh Ketua Perkhidmatan menerusi surat-surat pekeliling dan Warta Kerajaan. |
|||
54. Apabila pada pandangan seseorang Ketua Jabatan bahawa tidak ada cukup pegawai-pegawai yang sesuai untuk mengisi semua kekosongan dalam satu-satu urusan kenaikan pangkat yang tertentu, maka Ketua Jabatan boleh meluaskan lingkungan kenaikan pangkat itu sewajamya dengan syarat bahawa telah diperolehi persetujuan Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam terlebih dahulu. |
|||
mukasurat 10