dahulu itu tidak berbeza sangat dengan tugas-tugas barunya ini asalkan sahaja tempoh percubaan yang mesti ditempuh oleh pegawai itu di dalam jawatan barunya ini tidak kurang daripada satu tahun dan dengan syarat bahawa jumlah tempoh percubaan yang telah dan akan dijalaninya itu tidak akan berkurangan daripada tempoh percubaan penuh seperti yang ditentukan dalam skim perkhidmatan jawatan baru itu.

Tempoh bagi
lantikan luar
biasa.

29.   Suruhanjaya boleh menggunakan budibicaranya untuk samada mengenakan atau tidak mengenakan tempoh percubaan bagi perlantikan seseorang calun atau pegawai-pegawai yang mempunyai kelayakan-kelayakan teristimewa.

Perlanjutan
tempoh
percubaan.
[25].

30.   (a) Tempoh percubaan yang disebutkan dalam mana-mana skim perkhidmatan boleh dilanjutkan atas pertimbangan Suruhanjaya. Perlanjutan tempoh percubaan bagi seseorang pegawai boleh dengan denda (iaitu dengan penangguhan kenaikan gajinya) atau dengan tiada berdenda, di mana pegawai itu dibenarkan menerima kenaikan gaji semasa dalam tempoh percubaan lanjutannya itu.

Perlanjutan
atas
sebab-sebab
menasabah.

        (b) Perlanjutan tempoh percubaan ini hanya akan diberi bila ada cukup sebab-sebab yang menasabah mengapa pegawai itu tidak dapat disahkan dalam jawatannya dalam masa yang ditetapkan dan apabila ada sokongan Ketua Jabatannya yang berpendapat bahawa ada kemungkinan untuk pegawai itu disahkan dalam jawatannya jika tempoh percubaannya dilanjutkan.

Tindakan
awal mem-
perakukan
lanjutan.

        (c) Adalah menjadi tanggungjawab Ketua Jabatan untuk mengemukakan kepada Suruhanjaya perakuannya tentang perlanjutan percubaan seseorang pegawai di bawah jagaannya iaitu tiga bulan sebelum tamat tempoh percubaannya. Perakuan itu hendaklah mengandungi sebab-sebab pegawai itu tidak dapat disahkan, sokongan-sokongan Ketua Jabatan mengapa perlanjutan tempoh percubaan boleh diberi dan juga Kenyataan Perkhidmatan yang lengkap beserta dengan senarai peperiksaan (jika ada) yang telah dilulusinya atau tidak dengan tarikh-tarikhnya sekali.

Kehilangan
kekananan
kerana denda.
[25].

31.   Seseorang pegawai yang telah dilanjutkan tempoh percubaannya dengan berdenda akan hanya menerima gaji akhir sebelum perlanjutan itu bagi masa yang tempoh percubaan itu dilanjutkan. Dia juga akan hilang kekananannya sebanyak masa yang tempoh percubaannya dilanjutkan dengan berdenda itu.

IV.   PENETAPAN GAJI MASUK

Lantikan
pertama.

32.   (a) Seseorang yang dilantik buat pertama kalinya ke dalam perkhidmatan Kerajaan akan dibayar gaji permulaan dalam tanggagaji jawatan yang dimasukinya.

Pegawai
sementara
dilantik tetap.

         (b) Seseorang pegawai dalam jawatan sementara atau dalam tukar sementara atau dalam pinjaman atau dalam kontrek yang kemudiannya dilantik ke perkhidmatan tetap dalam jawatan yang sama, akan ditetapkan gaji masuknya mengikut perbekalan seperti di Perintah Am 34.

Pegawai tetap mendapat
jawatan baru.

33.   Seseorang pegawai Kerajaan yang telah disahkan dalam jawatan tetapnya, akan diletakkan dimata tertinggi yang berhampiran dalam tanggagaji jawatan barunya sekiranya gaji jawatan lamanya adalah sama atau lebih tinggi daripada gaji permulaan dalam jawatan barunya, kalau tidak peraturan Perintah Am 32 (a) adalah terpakai baginya.


mukasurat 6