23. (a) Semua calun-calun ke perkhidmatan Kerajaan mestilah cukup sihat dan mereka akan dikehendaki untuk diperiksa kesihatan mereka oleh seorang pegawai perubatan Kerajaan. Mereka juga disyaratkan tidak mempunyai apa-apa rekod jenayah dan untuk menentukan ini mereka akan dikehendaki mengangkat sumpah di hadapan seorang Majisteret atau Pesuruhjaya Sumpah. Pegawai-pegawai Kerajaan yang mendapat jawatan baru dan telah memenuhi syarat-syarat di atas tidak akan dikehendaki mematuhi peraturan ini sekali lagi. |
|
(b) Kerajaan tidak akan terikat untuk meneruskan perkhidmatan seseorang calun yang telah diterima oleh Ketua Jabatan bertugas sebelum memenuhi peraturan di (a) apabila kemudiannya didapati bahawa kesihatannya tidak memuaskan atau dalam Surat Sumpahnya didapati ada rekod jenayah. Walau bagaimanapun ia bolehlah dibayar gaji bagi masa yang ia telah berkhidmat itu. |
|
24. (a) Ketua-ketua Jabatan hendaklah menghantar kepada Suruhanjaya Surat Penerimaan jawatan calun-calun berserta dengan Sijil Akuan Doktor dan Surat Sumpah yang telah diselesaikan. (b) Ketua Jabatan hendaklah juga memberitahu tarikh pegawai itu melapurkan diri untuk bertugas kepada Suruhanjaya. |
|
25. (a) Suruhanjaya boleh, mengikut budibicaranya sendiri, meneruskan perlantikan seseorang calun yang kesihatannya untuk memberi khidmat yang senantiasa dan cekap diragukan sedikit oleh pegawai perubatan Kerajaan yang memeriksanya tetapi keadaannya tidaklah sebegitu buruk untuk penolakan sama sekali. Calun yang sedemikian akan dikenakan segala syarat dan menerima segala faedah bagi jawatan tersebut sekadarkan ia tidak boleh dimasukkan ke perjawatan berpencen sebelum ia menamatkan satu tempoh perkhidmatan yang tidak kurang daripada 10 tahun atau ia dilapurkan betul-betul sihat oleh seorang pegawai perubatan, mengikut mana yang lebih dahulu. Dalam masa perkhidmatannya ia berhak menerima kenaikan gaji sekiranya ia menyempurnakan semua syarat-syarat kenaikan gaji. |
|
(b) Perbekalan di (a) tidak akan menghalang Ketua Jabatan daripada memanggil sebuah Lembaga Perubatan (Bab F) untuk memeriksa pegawai tersebut dengan tujuan menamatkan atau menyarakannya apabila pada pandangan Ketua Jabatan tersebut keadaan keuzurannya memerlukan tindakan sedemikian. |
|
26. Seseorang pegawai yang baru dilantik ke perkhidmatan Kerajaan adalah dikehendaki menempuh satu tempoh percubaan selama tiga tahun melainkan di mana dalam satu-satu skim tertentu, tempoh ini adalah berlainan, maka tempoh yang berlainan itu akan dikenakan. |
|
27. Seseorang pegawai yang telah disahkan dalam jawatannya dan dilantik ke satu jawatan baru boleh dikenakan tempoh percubaan selama satu hingga tiga tahun dan boleh disahkan dalam jawatannya bila-bila masa sahaja selepas satu tahun. |
|
28. Seseorang pegawai dalam percubaan yang dilantik pula ke satu jawatan lain akan dikehendaki melalui tempoh percubaan yang penuh mengikut skim perkhidmatan, tetapi Suruhanjaya boleh mengurangkan tempoh ini mengikut budibicaranya jika tugas-tugas yang dijalankannya |