6. Kaunselor mestilah tidak menyalahgunakan kedudukannya sebagai pengajar atau penyelia pelatih di luar bidang profesional atas kepentingan peribadi, perhubungan emosi atau seksual.

 

PENGUKURAN DAN PENILAIAN

1. Kaunselor hendaklah dengan memberi penerangan yang Iengkap mengenai ujian supaya keputusan ujian itu dapat diterima oleh klien dalam perspektif yang betul.
2.

Kaunselor hendaklah berhati-hati dalam menggunakan ujian. Dia hendaklah menggunakan ujian dimana dia mempunyai kelayakan dan kemahiran untuk mentadbir dan menginterpretasi keputusan ujian itu. Tujuan dan kegunaan keputusan hendaklah diberitahu kepada klien sebelum ujian diberi kecuali pengecualian hak yang eksplisit dipersetujui terlebih dahulu.

3. Kauselor hendaklah memberi keterangan yang tepat apabila membuat kenyataan kepada orang awam mengenai ujian dan pengujian.
4. Kaunselor hendaklah mengawasi supaya keputusan ujian tidak disalah erti atau disalahgunakan.

mukasurat 15