| C. | Penerbitan |
| 1. | Dengan menerbitkan hasil penyelidikan, kaunselor mempunyai tanggungjawab mematuhi etika penerbitan dan undang-undang hakcipta. |
| 2. | Hasil kajian hendaklah dilaporkan dengan tepat dan lengkap. |
| 3. | Apabila memberikan maklumat kepada penyelidik lain yang memerlukan data asal, kaunselor hendaklah melindungi identiti subjek kecuali dengan kebenaran khusus subjek telah perolehi. |
| 1. | Kaunselor hendaklah menerangkan kepada pelatih tentang keperluan dan kandungan program latihan serta peluang pekerjaan yang ada sebelum pelatih mengikuti program tersebut. |
| 2. | Kaunselor hendaklah mempunyai polisi yang jelas mengenai latihan praktikum dan peranan pelatih serta pengajar. |
| 3. | Klien hendaklah diberitahu jika dia diberi khidmat kaunseling oleh pelatih dan juga diberitahu implikasi ke atas batas kerahsiaan. |
| 4. | Kaunselor yang bertanggungjawab dalam bidang latihan mestilah mahir sebagai pengajar dan pengamal. |
| 5. | Kaunselor hendaklah memberi maklumat yang benar tentang kelayakan, kecekapan latihan dan pengalaman mereka. |
mukasurat 14