kajian, kemungkinan faedah dan kesan buruk kajian itu jika ada dan sebarang ketidak-selesaan dan kesukaran yang mungkin akan dirasai oleh klien. Klien perlu dimaklumkan tentang haknya untuk menolak dan menarik diri pada bila-bila masa; dan penarikan dirinya tidak akan memberi sebarang kesan terhadap perkhidmatan yang diterimanya. Persetujuan ini bermaklum adalah lebih baik dibuat secara bertulis.

3.

Dalam menjalankan sesuatu kajian, kemungkinan penyelidik perlu menggunakan teknik terselindung (withholding information) atau penipuan (providing misinformation). Sebelum menjalankan kajian tersebut, penyelidik hendaklah menentukan bahawa:

i)

penggunaan teknik itu wajar dan sesuai dengan budaya, nilai saintifik, pendidikan atau terapan,

ii) tidak terdapat prosedur alternatif yang lebih wajar dan,
iii) subjek diberi penjelasan yang cukup dengan secepat mungkin.

4.

Semasa menjalankan penyelidikan, jika subjek kajian terdiri daripada kanak-kanak atau mereka yang mempunyai kecacatan yang menghadkan kefahaman dan/atau komunikasi, penyelidik hendaklah mengambil prosedur langkah-langkah keselamatan yang khusus dan rapi.

5.

Sentiasa menjalankan penyelidikan, maklumat peribadi subjek hendaklah dirahsiakan kecuali dengan persetujuan subjek. Jika terdapat sekiranya ada kemungkinan orang lain boleh memperolehi maklumat itu, kemungkinan ini bersama dengan perancangan untuk mengawal kerahsiaan perlu diterangkan kepada subjek sebagai sebahagian daripada prosedur memperolehi persetujuan bermaklum.


mukasurat 13