PENYELIDIKAN DAN PENERBITAN

              Penyelidikan dan penerbitan adalah perlu untuk perkembangan profesional, peningkatan dan penyebaran pengetahuan. Kaunselor hendaklah menjalankan penyelidikan dengan menghormati dan memberi perhatian kepada martabat dan kebajikan manusia yang menjadi subjek penyelidikan dan mematuhi peraturan, undang-undang dan standard profesional yang mengawal pengendalian penyelidikan.

A.

Etika Penyelidikan

1.

Kaunselor mempunyai tanggungjawab untuk mematuhi etika penyelidikan dengan menjaga kesejahteraan serta kebajikan subjek sepanjang kajian dijalankan dan hendaklah membuat pengawasan yang sewajarnya untuk mengelakkan berlakunya kecacatan psikologi, fizikal atau sosial kepada subjek. Kaunselor hendaklah bertanggungjawab untuk menentukan bahawa amalan etika juga dipatuhi oleh pembantu penyelidik serta mereka yang terlibat dalam penyelidikan.

B.

Persetujuan Subjek

1.

Penyertaan dalam penyelidikan adalah secara sukarela. Penyertaan bukan sukarela hanyalah wajar jika teIah terbukti bahawa penyertaan tidak membawa kemudharatan kepada subjek dan benar-benar diperlukan bagi kajian tersebut.

2.

Dalam kajian yang menggunakan klien sebagai subjek samaada secara langsung atau tidak, setiap klien mestilah dimaklumkan dengan jelasnya mengenai tujuan, kaedah

mukasurat 12