B.

Pengurusan

1. Kaunselor hendaklah mematuhi undang-undang dan peraturan mengenai perkhidmatan persendirian di tempat perkhidmatannya.
2. Kaunselor tidak boleh menggunakan affiliasinya dengan sesuatu organisasi yang dianggotainya untuk mendapatkan klien bagi perkhidmatan persendirian.
3. Kaunselor yang menjalankan perkhidmatan persendirian tidak boleh mengambil pekerja yang tidak berkelayakan dan tidak berdaftar untuk menjalankan khidmat kaunseling.
 

C.

 

Bayaran

1.

Jika bayaran dikenakan, Kaunselor hendaklah memastikan bahawa bayaran itu berpatutan dan seimbang dengan perkhidmatan yang diberi. Kemampuan klien hendaklah diambil kira.

2. Kaunselor hendaklah memberitahu terlebih dahulu kadar bayaran yang dikenakan.
3. Kaunselor tidak dibenarkan menerima sebarang bayaran atas urusan merujuk klien kepada ahli profesional yang lain.

mukasurat 11