PERKHIDMATAN PERSENDIRIAN
A. |
Pengiklanan |
| 1. | Kaunselor hendaklah mengiklankan perkhidmatannya secara profesional mengenai: |
| a) Kelulusan tertinggi yang berkaitan, b) Status perakuan pengamal, c) Jenis perkhidmatan, d) Penerangan mengenai perkhidmatan, e) Sijil pendaftaran (practising certificate) |
|
| Maklumat yang diberikan mestilah benar, lengkap, tepat dan tidak mengelirukan. | |
| 2. | Kaunselor yang berkhidmat dengan mana-mana organisasi tidak dibenarkan menggunakan nama organisasi tersebut dalam iklan. |
| 3. | Kaunselor tidak boleh menggunakan keahlian dalam sesuatu pertubuhan sebagai perakuan untuk praktisnya. |
| 4. | Kaunselor tidak boleh mengiklankan affiliasinya dengan sesuatu organisasi sehinggakan memberikan gambaran palsu bahawa organisasi itu menaja atau mengesahkan perkhidmatannya. |
mukasurat 10