| 3. | Kaunselor hendaklah bertindak untuk mencegah diskriminasi dalam organisasi dan dalam pelaksanaan polisi amalan pekerjaan. |
| 4. | Kaunselor tidak boleh menyalahgunakan kemudahan dan sumber organisasinya. |
| 5. | Kaunselor hendaklah menjelaskan bidang kepakaran dan tahap kecekapan profesionalnya. |
| 6. | Kaunselor hendaklah mewujudkan hubungan interpersonal dan persetujuan kerja dengan penyelia dan stafnya mengenai khidmat kaunseling khususnya kerahsiaan, perbezaan di antara fakta umum atau peribadi, beban kerja dan akauntibiliti. |
| 7. | Kaunselor hendaklah memberitahu kepada majikan tentang keadaan yang boleh menyebabkan konflik yang merosakkan atau menyekat keberkesanan perkhidmatannya. |
| 8. | Kaunselor hendaklah membenarkan dirinya dinilai secara profesional dari masa ke masa. |
| 9. | Kaunselor hendaklah bersama-sama bertanggungjawab ke atas peningkatan kerjaya untuk diri dan stafnya. |
mukasurat 9