4. Kaunselor hendaklah bersedia untuk mempertahankan, membantu serta membela rakan kaunselor yang teraniaya akibat tuduhan dan tohmahan perlakuan yang tidak beretika.
 

C.

 

Tanggungjawab Kaunselor Terhadap Masyarakat

1. Kaunselor hendaklah memahami dan menghormati unsur sosiobudaya masyarakat di mana dia berkhidmat.
2.

Kaunselor hendaklah mematuhi undang-undang negara dan melaksanakan tugasnya berlandaskan undang-undang tersebut.

 

D.

 

Tanggungjawab Terhadap Organisasi Dan Majikan

       Terdapat kaunselor yang berkhidmat dengan organisasi kerajaan atau bukan kerajaan. Peranan kaunselor dalam organisasi haruslah mempermudahkan pencapaian matlamat organisasi dengan mematuhi prinsip berikut:-

1. Kaunselor hendaklah mematuhi persetujuan komitmen yang ditandatangani dengan organisasi tempat dia berkhidmat.
2. Kaunselor hendaklah berusaha mengikut polisi dan prosedur, serta meningkatkan kecekapan dan keberkesanan perkhidmatan organisasinya.

mukasurat 8