12. Kaunselor tidak digalakkan memberi perkhidmatan kaunseling kepada saudara mara, kawan karib, ataupun kepada mereka yang mempunyai hubungan intim dengannya atau mempunyai hubungan dengan pihak pentadbiran yang berunsurkan penilaian terhadap prestasinya.
13. Kaunselor tidak boleh menghalang klien yang hendak menamatkan sesi kaunseling atau ingin menukar kepada kaunselor yang lain.
14. Kaunselor hendaklah memastikan bahawa klien yang diberi khidmat kaunseling tidak menjalani kaunseling dengan kaunselor yang lain pada masa yang sama.
15. Sekiranya mengikut pertimbangan kaunselor, klien memerlukan perkhidmatan luar daripada bidang kepakarannya, kaunselor perlu merujuk klien kepada pihak berkenaan.
16. Kaunselor hendaklah menyediakan tempat yang selesa dan private untuk sesi kaunseling. Klien tidak seharusnya diperhatikan oleh orang lain melainkan dengan kebenarannya, ini termasuk juga sesi kaunseling yang dirakam atau dipita videokan.
 

B.

 

Tanggungjawab Kaunselor Terhadap Rakan Profesional

1. Kaunselor hendaklah saling berusaha untuk meningkat tahap kecekapan professionalisme masing-masing.
2.

Kaunselor hendaklah menunjukkan sikap menghormati, adil dan terbuka terhadap rakan professionalnya.

3. Kaunselor bertanggungjawab untuk mencegah, mendedahkan serta memperbetulkan perlakuan rakan kaunselor yang tidak beretika.

mukasurat 7