KOD TATALAKU
| 1. | Kaunselor hendaklah menjaga tatalakunya demi memelihara standard dan identiti sebagai seorang kaunselor dan intergriti profesion kaunseling. |
| 2. | Kaunselor hendaklah sentiasa berusaha menilai dan meningkatkan pengetahuan, kecekapan dan kemahiran dalam bidang profesionnya. |
| 3. | Kaunselor hendaklah menjalankan tugas dengan penuh tanggungjawab, objektif dan jujur selaras dengan profesion kaunseling. |
| 4. | Kaunselor mestilah diawasi serta dinilai tugas kaunselingnya
oleh penyelia profesional melalui penyeliaan lazim (regular supervision) dan sokongan
perundingan (consultative support).
|
A. |
Tanggungjawab Kaunselor Terhadap Klien |
1. |
Kaunselor bertanggungjawab mengutamakan kepentingan klien, sama ada klien individu atau klien korporat (organisasi). |
| 2. | Kaunselor hendaklah menghormati privasi klien dan merahsiakan segala maklumat yang diperolehi semasa kaunseling melainkan jikalau maklumat itu akan membahayakan klien atau orang-orang dipersekitarannya. |
| 3. | Kaunselor hendaklah memahami dan menghormati latar belakang sosiobudaya klien. |
mukasurat 5