berperanan sebagai panduan kepada Majlis Kaunseling Kebangsaan untuk membuat keputusan dalam menangani isu-isu yang berkaitan dengan etika.

SKOP KAUNSELING

1. Perkhidmatan Kaunseling ialah perkhidmatan yang memberi peluang kepada klien untuk berkembang kearah kehidupan yang lebih bahagia dan bermakna. Ia merangkumi usahakerja dengan individu atau kumpulan. Objektif perhubungan kaunseling berbeza mengikut klien.
2. Skop perkhidmatan kaunseling meliputi isu-isu perkembangan (developmental), analisa dan penyelesaian masalah, membuat keputusan, menangani krisis, mengembangkan kefahaman kendiri, meningkatkan ketahanan emosi semasa menghadapi konflik dalaman atau memperbaiki dan mempertingkatkan hubungan dan interaksi dengan individu lain.
3. Kaunselor berperanan sebagai pemudahcara kepada klien dalam menangani isu dan masalah yang dihadapi dengan menghormati martabat diri, nilai dan keupayaannya.

mukasurat 4