(b)

elaun penempatan khas boleh dibayar kepada pegawai kontrak warganegara Malaysia (yang memenuhi syarat-syarat yang ditetapkan) dan dibayar kepada mereka yang berasal dari Semenanjung ditukarkan ke Sabah dan Sarawak di mana tempat tinggal tetap mereka adalah di Semenanjung; dan

(c)

Elaun Khas Bintulu dan Elaun Wilayah boleh dipertimbangkan.

4.8      Pinjaman kenderaan boleh dipertimbangkan berdasarkan kepada keperluan perkhidmatan dan keupayaan pegawai membayar balik dalam tempoh kontrak yang telah dipersetujui sahaja.

4.9      Tempat kediaman boleh diberi pertimbangan berdasarkan peraturan-peraturan yang sedia ada.

4.10    Subsidi sewa rumah tidak layak dipertimbangkan.

4.11    Tambang belas ikhsan tidak layak dipertimbangkan.

4.12    Rawatan percuma di luar negeri juga tidak layak dipertimbangkan.

4.13    Tambang percuma hanya layak dibayar kepada pegawai kontrak bukan warganegara (tidak termasuk penduduk tetap yang telah sedia ada di Malaysia) bagi sekali sahaja iaitu semasa datang dan kembali ke negara domisil setelah menamatkan perkhidmatan kontrak dengan Kerajaan, Badan-Badan Berkanun dan Kuasa-Kuasa Tempatan dengan terhad kepada pegawai, isteri dan 3 orang anak yang berumur 16 tahun ke bawah sahaja.

4.14    Caruman Kumpulanwang Simpanan Pekerja (KWSP) bagi pegawai-pegawai kontrak bukan warganegara (kecuali warganegara Singapura) boleh diberi pilihan sama ada hendak mencarum atau sebaliknya, memandangkan mengikut undang-undang yang berkaitan pegawai-pegawai bukan warganegara (kecuali warganegara Singapura) tidak diwajibkan mencarum kepada Kumpulanwang Simpanan Pekerja (KWSP).

4.15    Potongan cukai pendapatan bagi pegawai kontrak hendaklah diuruskan oleh Ketua Jabatan di mana pegawai berkhidmat, supaya ianya dapat dibuat dengan lebih awal.

4.16    Ketua Jabatan juga bertanggungjawab mempastikan pembayaran ganjaran dapat dibuat dengan lebih cepat dan licin.

4.17    Walau apapun keputusan di atas, pembayaran/pemberian sesuatu elaun/kemudahan kepada seseorang pegawai kontrak itu akan ditentukan oleh prinsip "penawaran dan permintaan". Maksudnya jika Kerajaan amat memerlukan perkhidmatan tertentu yang hanya boleh diperolehi dari orang yang tertentu, maka tawaran yang lumayan terpaksalah dibuat untuk menarik mereka berkhidmat.


5.     PRINSIP-PRINSIP AM PENGURUSAN KONTRAK

5.1     Semua agensi yang ingin mengambil kakitangan melalui perlantikan secara kontrak hendaklah mempastikan bahawa :

(a)

telah gagal mendapat calon-calon yang layak dan sesuai mengikut syarat-syarat skim perkhidmatan jawatan berkenaan. Hal ini boleh disahkan dengan mengemukakan salinan-salinan iklan yang pernah disiarkan dan laporan ringkas mengenai sambutan terhadap iklan-iklan tersebut; dan

(b)

calon-calon yang hendak diambil itu hendaklah sekurang-kurangnya mempunyai kelayakan ikhtisas yang diperlukan bagi jawatan berkenaan serta diakui berpengalaman dan berkebolehan menjalankan tugas-tugas jawatan yang disandangnya.

 


mukasurat 6