SEKSYEN H: PENYELESAIAN ISU ETIKA

Piawaian Amalan Kaunseling Empat Puluh Sembilan (PAK- 49) - Tingkah laku Etika Yang Dijangkakan
       Kaunselor mestilah mengambil tindakan yang bersesuaian apabila mereka ragu-ragu sama ada tindakan yang diambil olehnya ataupun ahli profesional lain berdasarkan etika atau tidak.
Piawaian Amalan Kaunseling Lima Puluh (PAK- 50) - Komen Yang Tidak Berasas
      Kaunselor tidak boleh memulakan, melibatkan diri ataupun menggalakkan komen-komen yang tidak berasas tentang etika yang bertujuan untuk memburukkan ahli kesihatan mental dan bukannya untuk melindungi klien atau orang ramai.
Piawaian Amalan Kaunseling Lima Puluh Satu (PAK- 51) - Kerjasama Dengan Jawatankuasa Etika
       Kaunselor mesti bekerjasama di dalam penyiasatan, prosiding dan memenuhi syarat-syarat yang dikehendaki oleh Jawatankuasa Etika atau Jawatankuasa lain yang dilantik atau badan yang mempunyai kuasa ke atas dakwaan melanggar undang-undang.

mukasurat 11